Page 27 - 3D STUDIO MAX 6
P. 27
Unit 4 : Cahaya Dan Kamera
Aktiviti 1 : Meletakkan Cahaya Di Dalam Scene
Objektif:
Di akhir aktiviti, pelajar dapat memasukkan cahaya dan bayang (shadow) ke dalam scene.
1. Buka fail meja.max.
2. Klik dalam Left Viewport untuk mengaktifkannya.
3. Pergi kepada Command Panel dan klik tab Create. Pilih pada ikon Light. Lihat
rajah di bawah.
4. Pilih cahaya jenis Omni.
5. Klik di dalam Left Viewport. Kursor akan bertukar kepada bentuk Crosshair.
6. Klik butang kiri tetikus sekali di bahagian atas pasu yang terletak di atas meja.
Satu bulatan berwarna putih akan terbentuk. Bulatan ini adalah mewakili cahaya
omni yang kita bentuk. Ia tidak akan kelihatan sewaktu proses rendering. Yang
kelihatan hanya kesannya sahaja. Kedudukan cahaya ini boleh diubah-ubah
kedudukannya.

