Page 29 - 3D STUDIO MAX 6
P. 29
4. Aktifkan Left Viewport. Pada kedudukan atas sedikit dari aras permukaan meja
dan jauh sedikit ke kanan klik tetikus dan heret mendekati ke arah objek di atas
meja. Lihat rajah di bawah.
5. Aktifkan Persepective Viewport dengan cara mengklik butang sebelah kanan
tetikus.
6. Tekan huruf ‘C’ pada papan kekunci. Huruf C adalah singkatan bagi perkataan
Camera. Dengan menekan huruf C pada papan kekunci, anda sedang menjadikan
viewport yang sedang aktif sebagai sudut pandangan kamera.
7. Klik pada butang Move yang terdapat pada Toolbar.
8. Klik pada salah satu viewport. Klik pada kamera dan cuba gerak-gerakkan
kamera. Anda akan dapati sudut pandangan anda dalam Viewport Kamera juga
akan berubah. Anda boleh mendapat sudut pandangan yang sesuai dengan kaedah
ini. Sila lihat rajah di bawah.

