Page 42 - 3D STUDIO MAX 6
P. 42
perisian 3D Max 5 (versi yang terbaru) memerlukan sekurang-kurangnya pemproses
Pentium 4 dengan ingatan capaian rawak (RAM) tidak kurang daripada 256MB.
Bagi jenis-jenis perisian yang boleh digunakan untuk membina objek 3D dalam
komputer pula bergantung kepada jenis komputer yang digunakan. Bagi komputer yang
berasaskan platform PC, perisian yang popular ialah 3D Studio Max, Lightwave 3D,
Maya, dan Softimage 3D. Bagi komputer yang berasaskan platform Macintosh pula
perisian yang digunakan ialah Strata Vision 3D, ElectricImage, Infini-D, Ray Dream
Studio dan Strata StudioPro. Perlu diingat, perkembangan terkini menunjukkan
bahawa terdapat beberapa perisian 3D yang mula boleh digunakan di dalam kedua-dua
platform di atas.
Antaramuka perisian
3D Studio Max
Bagi proses kerja-kerja grafik dan animasi yang lebih kompleks dan memiliki kesan-
kesan khas yang digunakan dalam filem-filem di barat, pengeluar-pengeluar filem
terpaksa menggunakan komputer yang lebih berkuasa seperti Silicon Graphics (SGI).
SGI adalah merupakan platform yang paling mahal dan terbaik berbanding dengan
kedua-dua platform terdahulu. Pemprosesnya direka khas untuk kerja-kerja grafik dan
suntingan video, animasi 3D, arkitektural, CAD dan lain-lain. Contoh-contoh filem yang
menggunakan kesan khas yang dihasilkan melalui SGI ialah Terminator 2, Judgement
Day, Dark City dan Matrix.
Dengan kemajuan teknologi perisian, objek dan
kesan khas yang dihasilkan oleh perisian
permodelan 3D sudah kelihatan seperti sesuatu
yang nyata dan benar. Perkara sebegini
diistilahkan sebagai realiti maya (virtual reality)

