Page 41 - 3D STUDIO MAX 6
P. 41

Oleh kerana semua ukuran ini hanya berdasarkan dalam ruang minda kita sahaja
                   (sesuatu yang kita gambarkan dan fahami mengikut logik fikiran sahaja), maka ruang
                   yang terdapat di dalam persekitaran grafik komputer kita dipanggil sebagai ruang maya
                   (virtual) dan bahan-bahan 3D yang kita hasilkan kita anggap sebagai objek-objek maya
                   (virtual object

                   Seperti objek di alam nyata yang memerlukan ruang, objek yang dicipta dalam komputer
                   juga memerlukan ruang untuk membolehkannya dilihat dan digerakkan. Ruang dalam
                   konteks 3D membawa maksud jarak-jarak yang dilalui oleh sesuatu objek dalam satah-
                   satah X, Y dan Z. Dalam bahasa yang lebih mudah, satah X mewakili kelebaran objek,
                   satah Y mewakili ketinggian objek dan satah Z mewakili ketebalan objek. Sesuatu objek
                   itu dianggap sebagai 3 dimensi sekiranya ianya boleh dilihat mempunyai ketinggian,
                   kelebaran dan ketebalan.

                   Dalam alam komputer persekitaran 3D wujud dalam dua ruang yang berbeza iaitu ruang
                   keseluruhan (global) dan ruang setempat (local). Ruang keseluruhan memiliki satah X, Y
                   dan Z sementara kedudukan asal titik (origin) satah ialah pada kedudukan 0,0,0
                   bermaksud kedudukan X, Y dan Z adalah 0.

                   Ruang setempat wujud pada setiap objek yang diletakkan di dalam ruang 3D dan
                   memiliki satah-satahnya sendiri. Nilai-nilai ruang setempat digunakan untuk
                   menggerakkan objek yang berasal dari titik 0,0,0 kepada nilai-nilai kordinat yang
                   dimasukkan oleh juruanimasi. Orientasi objek setempat boleh digerakkan dengan cara
                   memusing objek tersebut mengikut satah-satah tertentu.



                   1.2    KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN



                     Objektif:

                     Selepas mengikuti unit ini murid dapat:

                        · Mengetahui keperluan-keperluan perkakasan yang diperlukan untuk
                            membuat model 3D.
                        · Mengetahui jenis-jenis perisian 3D yang terdapat di pasaran.




                   Untuk membina model 3 dimensi (3D) sesebuah komputer memerlukan sejumlah
                   perkakasan yang berkeupayaan tinggi kerana biasanya untuk menghasilkan objek yang
                   berbentuk 3D yang kelihatan realistik komputer terpaksa memproses sejumlah data
                   yang agak kompleks. Sistem komputer yang digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja
                   animasi mestilah dilengkapi dengan sejumlah ingatan (RAM) yang mencukupi iaitu
                   bergantung kepada jenis aplikasi 3D yang digunakan dan versinya. Misalnya untuk
                   menggunakan perisian 3D Studio Max versi 2, adalah memadai  dengan jumlah ingatan
                   (RAM) sekitar 64MB dengan pemproses Celeron 400Mhz. Ini adalah bagi membuat
                   model-model yang ringkas dan animasi yang kurang kompleks. Untuk membina model-
                   model yang lebih kompleks memerlukan sebuah komputer yang lebih pantas sekurang-
                   kurangnya Pentium III 450 Mhz. Begitu juga bagi komputer yang ingin menggunakan
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46