Page 13 - Buku dasar sekolah
P. 13

DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        2.0    KOKURIKULUM



         2.1     PENGENALAN

        2.1.1   Aktiviti  kokurikulum  yang  dilaksanakan  oleh  KPM  di  sekolah  merupakan
                lanjutan  daripada  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  bilik
                darjah. Aktiviti ini bertujuan mempelbagaikan pengetahuan dan pengalaman
                murid untuk memperkembangkan intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani
                ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika, jati
                diri serta nilai sosial yang positif.


         2.2     PERNYATAAN DASAR

        2.2.1   Memastikan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ke arah
                pemantapan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang.


         2.3      STRATEGI PELAKSANAAN
        2.3.1   Membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.


        2.3.2   Memberi  wajaran  kepada  penglibatan  yang  sesuai  kepada  aktiviti
                kokurikulum.

        2.3.3   Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif
                melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum.

        2.3.4   Melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.

        2.3.5   Memberi  penekanan  terhadap  penghayatan  agama  dan  nilai-nilai  murni
                dalam aktiviti kokurikulum.

        2.3.6   Mempertingkat  jalinan  kerjasama  dan  perkongsian  pintar  dengan
                masyarakat dan agensi luar.

        2.3.7   Memperluas  penyertaan  murid  dan  memperbanyak  pengelolaan  aktiviti
                kokurikulum di semua peringkat.

        2.3.8   Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid, guru dan jurulatih
                dari semasa ke semasa.

        2.3.9   Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan kokurikulum di sekolah.






     4
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18