Page 14 - Buku dasar sekolah
P. 14

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           3.0    PENDIDIKAN PRASEKOLAH



            3.1    PENGENALAN

           3.1.1   Pendidikan Prasekolah ialah program pendidikan yang disediakan kepada
                  kanak-kanak  yang  berumur  4+  hingga  5+  tahun  bertujuan  untuk
                  memperkembangkan  potensi  secara  menyeluruh,  menguasai  kemahiran
                  asas  dan  memupuk  sikap  positif  sebagai  persediaan  masuk  ke  sekolah
                  rendah.

           3.1.2   Pendidikan  prasekolah  juga  bertujuan  untuk  menyediakan  kanak-kanak
                  dengan  asas  sosialisasi  yang  kukuh,  menanam  keyakinan  diri  dan
                  membentuk  konsep  kendiri  yang  positif.  Pelaksanaannya  menjurus
                  kepada  pembangunan  modal  insan  melalui  kaedah  pengajaran  dan
                  pembelajaran yang memberi keutamaan kepada pengalaman, penglibatan
                  aktif, selamat dan menyeronokkan.

            3.2    PERNYATAAN DASAR


           3.2.1   Memastikan  kanak-kanak  di  Malaysia  yang  berumur  4+  hingga  5+
                  mendapat pendidikan prasekolah sama ada yang disediakan oleh KPM,
                  agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.


           3.2.2   Memastikan  pematuhan  kepada  penggunaan  KSPK  di  semua  institusi
                  prasekolah kecuali di prasekolah antarabangsa dan ekspatriat.

            3.3     STRATEGI PELAKSANAAN


           3.3.1   Memperluas kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
           3.3.2   Mewajibkan semua agensi pelaksana program prasekolah menggunakan
                  KSPK.

           3.3.3   Menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan KSPK diguna
                  pakai  dengan  sebaik-baiknya  oleh  semua  agensi  yang  melaksanakan
                  program prasekolah.

           3.3.4   Menyemak  dan  meminda  atau  membuat  perubahan  KSPK  berdasarkan
                  keperluan semasa kanak-kanak.

           3.3.5   Memperkukuh mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan
                  KSPK  ke  atas  semua  agensi  kerajaan  dan  bukan  kerajaan  yang
                  menganjurkan Program Pendidikan Prasekolah.



                                                                                       5
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19