Page 22 - Buku dasar sekolah
P. 22

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           8.0    PROGRAM SEKOLAH AMANAH



            8.1    PENGENALAN
           8.1.1   Sekolah Amanah ialah satu program transformasi kerajaan di bawah bidang
                  pendidikan  dan  pembangunan  modal  insan.  Program  Sekolah  Amanah
                  merupakan usaha sama sektor awam dan swasta.

           8.1.2   Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi
                  sekolah  tanpa  mengira  pencapaian  semasa.  Sekolah  Amanah  dipilih
                  daripada  sekolah  kerajaan  dan  sekolah  bantuan  kerajaan  sedia  ada  di
                  seluruh negara yang merangkumi sekolah rendah dan menengah mengikut
                  lokasi  bandar,  pinggir  bandar  dan  luar  bandar  yang  berprestasi  rendah,
                  sederhana dan cemerlang.
           8.1.3   Sekolah Amanah mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan
                  berkaitan  kurikulum,  kewangan  dan  sumber  manusia.  Autonomi  yang
                  diberikan adalah untuk menggalakkan inovasi serta lebih responsif terhadap
                  keperluan guru dan murid di sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi
                  kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut
                  keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi serta pemilihan guru
                  dan kakitangan bukan guru.

            8.2    PERNYATAAN DASAR

           8.2.1   Memastikan proses penambahbaikan dalam melahirkan murid dan sekolah
                  yang  cemerlang  dapat  dicapai  tanpa  mengira  tahap  permulaan  melalui
                  kerjasama awam dan swasta.


            8.3     STRATEGI PELAKSANAAN

           8.3.1   Menyediakan  Standard  Prosedur  Pengoperasian  tersendiri  bagi  semua
                  Sekolah Amanah.

           8.3.2   Mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun.

           8.3.3   Mewujudkan proses pemilihan dan pengawalan untuk bakal penaja bagi
                  memastikan  kesesuaian/keselarasan  dengan  transformasi  pendidikan,
                  komitmen kewangan jangka masa panjang,  kredibiliti dan rekod di dalam
                  meningkatkan pencapaian murid.

           8.3.4   Mewujudkan  proses  penyesuaian  setara  antara  pihak  penaja  dengan
                  sekolah termasuk persetujuan sepenuhnya (full buy-in) daripada pemimpin
                  sekolah, guru, murid dan komuniti sebagai prasyarat program.



                                                                                      13
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27