Page 38 - Buku dasar sekolah
P. 38

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           19.0   SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN



            19.1   PENGENALAN
           19.1.1  Sekolah  Agama  Bantuan  Kerajaan  (SABK)  ialah  sekolah  agama  yang
                  berdaftar  dengan  KPM  ke  arah  mempertingkatkan  kualiti  pengurusan
                  pentadbiran sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber
                  manusia dan prasarana serta kemudahan asas sekolah agama.

           19.1.2  SABK  melaksanakan  dwikurikulum,  iaitu  Kurikulum  Kebangsaan  dan
                  Kurikulum Dini/ Azhari.

           19.1.3  SABK diuruskan oleh KPM. Walau bagaimanapun hak milik tanah, bangunan
                  serta pelaksanaan kurikulum kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri
                  atau Lembaga Pentadbir Sekolah (LPS).

            19.2   PERNYATAAN DASAR

           19.2.1  Memastikan  SABK  mendapat  pelbagai  kemudahan  pendidikan  seperti
                  sekolah  KPM  khususnya  bantuan  insentif  (untuk  SAR  sahaja)  setelah
                  memorandum persefahaman ditandatangani.

           19.2.3  Memastikan pelaksanaan kurikulum agama dan Sijil Tinggi Agama Malaysia
                   (STAM) dan  Kurikulum Kebangsaan.

           19.2.4  Memastikan guru dan kakitangan SABK diserap ke dalam perkhidmatan
                  kerajaan bagi menikmati kemudahan dan insentif seperti yang diberikan
                  kepada kakitangan awam.

           19.2.5  Memastikan  murid  SABK  berpeluang  mendapat  pelbagai  bantuan  yang
                  disediakan oleh KPM.

           19.2.6.  Memastikan murid SABK mendapat pendidikan yang berkualiti, menyertai
                  aktiviti  anjuran  KPM  dan  berpeluang  melanjutkan  pelajaran  ke  sekolah
                  terbaik KPM.
















                                                                                      29
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43