Page 37 - Buku dasar sekolah
P. 37

DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        18.0   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA



         18.1    PENGENALAN
        18.1.1  Sekolah  Menengah  Kebangsaan Agama  (SMKA)  ialah  sekolah  kawalan
                berasrama  yang  melaksanakan  dwikurikulum,  iaitu  kurikulum  akademik
                dan kurikulum agama secara bersepadu.

        18.1.2  SMKA  disediakan  untuk  memenuhi  permintaan  ibu  bapa  terhadap
                pendidikan agama dan bahasa Arab.

        18.1.3  Pendidikan  di  SMKA  merupakan  usaha  melahirkan  murid  yang  berilmu
                pengetahuan, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab
                untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan
                yang bermakna kepada diri, agama, ummah dan negara.

         18.2    PERNYATAAN DASAR

        18.2.1  Memastikan pengambilan murid ke SMKA adalah dalam kalangan murid
                tempatan yang mencapai kelayakan cemerlang dan boleh membaca dan
                menulis jawi serta membaca Al-Quran dengan  baik dan lancar.


         18.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        18.3.1  Menambah bilangan SMKA bagi menampung permintaan yang meningkat
                terhadap sekolah agama.

        18.3.2  Menambah baik kemudahan fizikal dan prasarana sedia ada.

        18.3.3  Mewujudkan iklim dini yang merangsang pembinaan sahsiah unggul murid
                yang berilmu dan beramal dengan ilmu tersebut.

        18.3.4  Meningkatkan kecemerlangan SMKA dalam pelbagai bidang pengajian.

        18.3.5  Menambah bilangan SMKA yang diiktiraf sebagai SBT.
















    28
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42