Page 40 - Buku dasar sekolah
P. 40

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           20.0   SEKOLAH SUKAN


            20.1   PENGENALAN

           20.1.1  Sekolah Sukan Malaysia merupakan usaha untuk melahirkan atlet berprestasi
                  tinggi dalam kalangan murid yang berbakat dalam bidang sukan.

           20.1.2  Matlamat  penubuhan  sekolah  sukan  adalah  untuk  menempatkan  atlet
                  sekolah  yang  berbakat  dan  menunjukkan  pencapaian  yang  cemerlang
                  dalam permainan atau jenis sukan tertentu.

            20.2   PERNYATAAN DASAR

           20.2.1  Memastikan persekitaran pendidikan sukan yang lengkap, berkualiti dan
                  terkini disediakan.
           20.2.2   Memastikan sekolah sukan membangunkan atlet murid yang berdaya saing
                  tinggi dan ahli sukan berprestasi tinggi yang mampu bertanding di peringkat
                  antarabangsa.


            20.3    STRATEGI PELAKSANAAN
           20.3.1  Menyediakan  program  pembangunan  sukan  jangka  pendek  dan  jangka
                  panjang yang berstruktur serta terancang.
           20.3.2  Menyelaraskan  pengurusan  dan  pentadbiran  Sekolah  Sukan  Malaysia
                  untuk meningkatkan keberkesanan.

           20.3.3  Menjalinkan kerjasama antara Sekolah Sukan Malaysia dengan pelbagai
                  agensi kerajaan, sektor swasta dan Persatuan Sukan Kebangsaan di dalam
                  dan di luar negara.
           20.3.4  Mengenal pasti dan menempatkan tenaga pakar dalam bidang sukan yang
                  berpengalaman dan bertauliah berkhidmat di Sekolah Sukan Malaysia.

           20.3.5  Menambahkan bilangan Sekolah Sukan Malaysia yang berfokus kepada
                  sukan tertentu.

           20.3.6  Memilih murid ke Sekolah Sukan Malaysia melalui proses pengenalpastian
                  bakat (‘talent identification’) (TID) yang standard dan melalui pencalonan
                  oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dan Majlis Sukan Negara.
           20.3.7  Menyediakan  jadual  waktu  persekolahan  yang  fleksibel  untuk  Sekolah
                  Sukan Malaysia.
           20.3.8  Menyediakan  program  latihan  kepada  atlet  murid  untuk  menyertai
                  pertandingan di peringkat antarabangsa.
           20.3.9  Memperluas  penyertaan  dan  memperbanyak  pengelolaan  pertandingan
                  sukan di peringkat sekolah di dalam atau di luar negara.

                                                                                      31
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45