Page 59 - Buku dasar sekolah
P. 59

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        33.0   PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET



         33.1    PENGENALAN
        33.1.1  Perolehan dan pengurusan aset merangkumi aspek pengurusan perolehan
                (bekalan/perkhidmatan),  pengurusan  aset  alih  dan  hartanah  di  semua
                institusi pendidikan di bawah KPM dan pelaksanaannya bergantung kepada
                peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

         33.2    PERNYATAAN DASAR

        33.2.1  Memastikan penyediaan perkhidmatan yang disediakan menyokong proses
                pengajaran dan pembelajaran.

        33.2.2  Memastikan  urusan  perancangan  dan  pengurusan  perolehan  bekalan/
                perkhidmatan dilaksanakan  menepati piawai.

        33.2.3  Memastikan penyelenggaraan aset alih institusi pendidikan di bawah KPM
                dipertingkat  serta  memastikan  semua  peraturan  berkaitan  yang  sedang
                berkuat kuasa dipatuhi.

         33.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        33.3.1  Melaksanakan sistem pengurusan perolehan (bekalan/perkhidmatan) bagi
                semua  institusi  pendidikan  di  bawah  KPM  dengan  penggunaan  sistem
                e-Perolehan dan e-Bidding.

        33.3.2  Menyediakan terma rujukan bagi penyediaan dokumen tender dan kontrak
                bagi  bekalan  dan  perkhidmatan  untuk  memudahkan  urusan  berkaitan
                pentadbiran  kontrak  agar  dapat  memberi  kefahaman  kepada  bahagian/
                jabatan serta pelanggan yang berurusan dengan BPPA.

        33.3.3  Memastikan Sistem Pengurusan Aset dan Sistem Pelantikan Pegawai Aset
                digunakan dalam pengurusan aset alih.

        33.3.4  Menyediakan garis panduan dan informasi berhubung urusan perolehan
                dan pengurusan aset alih untuk rujukan semua pihak di KPM.

        33.3.5  Merancang, menyelaras dan memantau program pemantauan bersepadu
                untuk menilai keberkesanan serta kualiti bekalan/perkhidmatan, pengurusan
                aset  dan  pematuhan  kepada  peraturan  kerajaan  yang  sedang  berkuat
                kuasa.






    50
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64