Page 57 - Buku dasar sekolah
P. 57

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        32.0   PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (INFRASTRUKTUR)



         32.1    PENGENALAN
        32.1.1  Pembangunan pendidikan merangkumi pengurusan projek pembangunan,
                institusi pendidikan, agensi dan badan berkanun dalam KPM. Proses kerja
                pembangunan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh
                kerajaan.

         32.2    PERNYATAAN DASAR

        32.2.1  Memastikan  perancangan  dan  penyelarasan  pelaksanaan  projek  fizikal
                pendidikan,  pengurusan  kawalan  peruntukan,  pemantauan  projek  dan
                perkhidmatan  kepada  institusi  pendidikan  disediakan  sebagai  sokongan
                kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
        32.2.2  Memastikan pembinaan, ubah suai dan naik taraf premis institusi pendidikan
                mengikut piawaian berdasarkan keperluan pengguna akhir dan piawaian
                antarabangsa.

        32.2.3  Memastikan  penyediaan  peruntukan  pembangunan  bagi  bekalan  dan
                perolehan  peralatan  pendidikan  yang  mencukupi  kepada  semua  premis
                institusi  pendidikan  baharu,  gantian  dan  tambahan  mengikut  ketetapan
                kerajaan.

        32.2.4  Memastikan  peluang  disediakan  kepada  usahawan  bumiputera  yang
                berkemampuan dan berwibawa bagi melaksanakan projek pembangunan
                kementerian.

        32.2.5  Memastikan  pengagihan  perolehan  kerja  dan  perkhidmatan  yang  telus
                dan  adil  kepada  usahawan  bumiputera  yang  layak  selaras  dengan  nilai
                integriti.


         32.3     STRATEGI PELAKSANAAN
        32.3.1  Menyalurkan sumber peruntukan pembangunan pendidikan dengan tepat,
                terkawal  dan  tersedia  termasuk  penggunaan  sumber  manusia,    mesin,
                modal dan tanah.

        32.3.2  Melaksanakan projek fizikal pendidikan mengikut jadual dengan peruntukan
                yang sistematik dan pemantauan projek secara berkala.
        32.3.3  Menyediakan tapak bagi projek fizikal pendidikan yang bersesuaian dengan
                kehendak keperluan pendidikan semasa dan akan datang.



    48
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62