Page 54 - Buku dasar sekolah
P. 54

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           30.0   TEKNOLOGI  MAKLUMAT  DAN  KOMUNIKASI  (TMK)  DALAM
                  PENGURUSAN PENDIDIKAN


            30.1   PENGENALAN

           30.1.1  TMK  merupakan  kunci  utama  kepada  sistem  penyampaian  dan
                  pengurusan pendidikan. TMK mampu memperkemas penataran maklumat
                  dan  komunikasi  pada  setiap  peringkat  organisasi  yang  membawa
                  kepada  kecekapan  pengurusan  pendidikan  serta  perkhidmatan  kepada
                  pelanggan.

            30.2   PERNYATAAN DASAR

           30.2.1  Memastikan penggunaan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan
                  dan keberkesanan pengurusan pendidikan.
           30.2.2  Memastikan Information Strategic Planning (ISP) menjadi asas perancangan
                  dan pelaksanaan inisiatif TMK dalam meningkatkan produktiviti, kecekapan
                  dan keberkesanan sistem pengurusan pendidikan.


            30.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           30.3.1  Mempertingkat  penyampaian  perkhidmatan  menerusi  penyelarasan
                  seni bina TMK.

           30.3.2  Mengoptimumkan  dan  meningkatkan  operasi  TMK  menerusi  konsolidasi
                  infrastruktur TMK.

           30.3.3  Memperhebat  hubungan  kolaboratif  antara  agensi  ke  arah  memupuk
                  perkhidmatan awam berlandaskan pendekatan keseluruhan Kerajaan.

           30.3.4  Memperkukuh  tadbir  urus  TMK  bagi  memastikan  penyampaian  yang
                  bernilai.

           30.3.5  Memupuk budaya prestasi dalam memastikan kebertanggungjawaban bagi
                  outcome dan memacu prestasi.

           30.3.6  Mempertingkat  budaya  pengetahuan  untuk  membantu  proses  membuat
                  keputusan yang pantas berdasarkan fakta.












                                                                                      45
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59