Page 60 - Buku dasar sekolah
P. 60

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           34.0   PENGURUSAN KEWANGAN



            34.1   PENGENALAN
           34.1.1  Pengurusan  dan  kawalan  kewangan  yang  kukuh  adalah  perlu  bagi
                  memastikan perbelanjaan KPM dibuat dengan teratur, cekap dan berkesan.
                  Pengurusan dan kawalan kewangan yang lemah akan menyebabkan hala
                  tuju dan matlamat pendidikan negara tidak akan dapat direalisasikan dan
                  menyebabkan berlakunya salah guna, penyelewengan serta pembaziran.

           34.1.2  Bagi  memastikan  agenda  pembangunan  pendidikan  negara  dapat
                  dilaksanakan  dengan  jayanya,  pengurusan  kewangan  yang  cekap,
                  berkesan dan berhemah harus diberi penekanan.

            34.2   PERNYATAAN DASAR
           34.2.1  Memastikan pengurusan kewangan perlu mematuhi peraturan kewangan
                  dan prosedur perakaunan yang ditetapkan.

           34.2.2  Memastikan pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berhemah
                  melalui  perancangan,  pelaksanaan,  penguatkuasaan  bersepadu  dan
                  meningkatkan tadbir urus yang berkualiti.

            34.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           34.3.1  Merancang dan menyediakan peruntukan kewangan yang dapat memenuhi
                  keperluan   pendidikan.

           34.3.2  Menentukan  agihan  peruntukan  dibelanjakan  secara  optimum  dan
                  berhemah.
           34.3.3  Mengagihkan  bantuan  pendidikan  kepada  sekolah  dan  murid  mengikut
                  kriteria dan masa yang ditetapkan.

           34.3.4  Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan melalui:

                  i.   peningkatan penggunaan aplikasi sistem secara dalam talian;
                  ii.   peluasan  pelaksanaan  sistem  e-Perolehan  di  semua  Pusat
                      Tanggungjawab (PTJ); dan
                  iii.   penambahbaikan agihan peruntukan termasuk bantuan kepada murid
                      dan sekolah.








                                                                                      51
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65