Page 55 - Buku dasar sekolah
P. 55

DASAR
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        31.0   PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA



         31.1    PENGENALAN

        31.1.1  Pembangunan  Sumber  Manusia  di  KPM  mendokong  Dasar  Sumber
                Manusia Negara yang merupakan dasar pembangunan dan pengurusan
                modal insan yang berterusan berteraskan kepada nilai dan etika kerja yang
                murni serta prinsip kesaksamaan demi menjamin kesejahteraan hidup dan
                meningkatkan daya saing negara.


         31.2    PERNYATAAN DASAR

        31.2.1  Memastikan pengurusan sumber manusia dikendalikan dengan cekap dan
                berkesan.

        31.2.2  Memastikan  pembangunan  sumber  manusia  dilaksanakan  untuk
                menyediakan anggota yang berkualiti tinggi, cekap dan responsif terhadap
                keperluan pelanggan.
        31.2.3  Memastikan pembangunan sumber manusia negara berdaya saing melalui
                kerjasama  dan  semangat  tripisme,  rasa  tanggungjawab,  prihatin  serta
                progresif berlandaskan agenda decent work.


         31.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        31.3.1  Merancang dan melaksanakan urusan pengambilan dan pemilihan personel
                berdasarkan keperluan sebenar, deskripsi tugas dan kompetensi.

        31.3.2  Merancang dan melaksanakan pelan perancangan sumber manusia seperti
                yang berikut:
                i.   menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan bukan pendidikan
                   dalam aspek laluan kerjaya, saraan,  elaun,  gaji dan kemudahan;
                ii.   menyediakan saiz perjawatan dan pengisian yang bertepatan dengan
                   keperluan sebenar;
                iii.   memantapkan  struktur  organisasi  Kementerian,  Jabatan  Pelajaran
                   Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah; dan
                iv.   memantapkan dan mengemas kini sistem maklumat guru dan bukan
                   guru.

        31.3.3  Menyediakan dan melaksanakan dasar dan sistem pembangunan kerjaya
                dan pelan penggantian bagi jawatan  utama dan penting di KPM.







    46
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60