Page 62 - Buku dasar sekolah
P. 62
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
35.0 TAJAAN PENDIDIKAN
35.1 PENGENALAN
35.1.1 Tajaan pendidikan merupakan kemudahan berbentuk biasiswa dan
pinjaman pelajaran serta cuti belajar untuk menjana kecemerlangan intelek
dan profesionalisme warga pendidik.
35.1.2 Peruntukan dana diperoleh daripada agihan belanjawan dan Kumpulan
Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan KPM.
35.1.3 Pengurusan tajaan adalah berteraskan dasar latihan dan program
penajaan yang dinamik dalam usaha melahirkan warga pendidik yang
berpengetahuan, terlatih dan kompeten untuk memenuhi keperluan
pendidikan negara.
35.2 PERNYATAAN DASAR
35.2.1 Memastikan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran dan
biasiswa disediakan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
bakal PPP untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda,
sarjana dan kedoktoran.
35.2.2 Memastikan penyediaan kemudahan cuti belajar bergaji penuh, cuti belajar
separuh gaji dan cuti belajar tanpa gaji kepada PPP yang menyambung
pengajian dalam program pensiswazahan dan pensarjanaan kelolaan
KPM.
35.2.3 Memastikan dasar cuti belajar dan dasar tajaan KPM diselaraskan.
35.2.4 Memastikan sasaran kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran dan tuntutan
bayaran ganti rugi pecah kontrak berjaya dicapai ke tahap maksimum.
35.3 STRATEGI PELAKSANAAN
35.3.1 Menguruskan pemilihan calon biasiswa bakal PPP berdasarkan syarat
yang ditetapkan bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti.
35.3.2 Menguruskan pemberian biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan kepada
PPP untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran.
35.3.3 Membekalkan garis panduan cuti belajar bagi memudahkan PPP dan
pihak berkaitan (Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah/Jabatan Asal) untuk
mengetahui tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa
dan selepas PPP cuti belajar.
53

