Page 65 - Buku dasar sekolah
P. 65

DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        37.0   PROGRAM PENERBITAN RANCANGAN TV PENDIDIKAN



         37.1    PENGENALAN
        37.1.1  Penerbitan rancangan Televisyen Pendidikan (TVP) merupakan satu usaha
                menghasilkan bahan pendidikan  berbentuk video yang berfungsi sebagai
                bahan bantu mengajar.


         37.2    PERNYATAAN DASAR

        37.2.1  Memastikan rancangan TV Pendidikan dapat menyokong sesi pengajaran
                dan pembelajaran di bilik darjah.


         37.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        37.3.1  Menerbitkan  rancangan  pendidikan  yang  mematuhi  Garis  Panduan
                Penyiaran selaras dengan Kualiti Piawaian Penyiaran Antarabangsa.

        37.3.2  Menerbitkan  rancangan  khas  pendidikan  dan  membuat  liputan  peristiwa
                KPM.

        37.3.3  Menyebarkan rancangan pendidikan ke sekolah di seluruh negara sama
                ada  melalui  sistem  siaran  KPM  dan/atau  pihak  lain  yang  dilantik  oleh
                KPM.































    56
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70