Page 67 - Buku dasar sekolah
P. 67

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


        38.3.2  Memperuntukkan  tambahan  waktu  pengajaran  dan  pembelajaran  BM
                dan BI di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Peruntukan waktu
                BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga 90 minit.
                Peruntukan  waktu  pengajaran  BI  di  sekolah  kebangsaan  ditambah
                antara 60 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran
                dan  pembelajaran  BI  di  sekolah  jenis  kebangsaan  ditambah  antara  30
                minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi Tingkatan Satu
                hingga Tingkatan Lima ditambah  sebanyak 40 minit seminggu.

        38.3.3  Memperkukuh  penguasaan  asas  kemahiran  berbahasa  murid  melalui
                pendekatan  kurikulum  modular  yang  bersepadu,  seimbang  dan  holistik.
                Pendekatan ini dilakukan melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang
                memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa, didik hibur, apresiasi
                bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa yang memberi
                tumpuan  kepada  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  bersepadu
                berasaskan  sistem  bahasa.  Aktiviti  ini  disokong  dengan  bahan  bacaan
                estetika seperti sastera kontemporari kanak-kanak, bahan program awal
                berstruktur  dan  bacaan  ekstensif  yang  mendedahkan  murid  kepada
                bahan bacaan yang indah dan berkualiti.

        38.3.4  Memastikan BM dan BI diajarkan oleh guru mengikut opsyen sepenuhnya.
                Sementara  guru  bukan  opsyen  BM  dan  BI  akan  ditempatkan  semula
                mengikut keperluan opsyen di sekolah. Guru-guru bukan opsyen juga akan
                diberikan kursus tambah opsyen.

        38.3.5  Meningkatkan  kapasiti  guru  melalui  pelaksanaan  latihan  guru
                praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan.

        38.3.6  Menggunakan  khidmat  penutur  jati  BI  sebagai  jurulatih  utama  kepada
                pensyarah  di  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  dan  guru  di  sekolah.  Di
                samping itu perkhidmatan guru BI yang telah bersara diambil secara kontrak
                bagi menampung kekurangan guru BI.

        38.3.7  Memperluas  perkongsian  dan  jaringan  guru  hingga  ke  peringkat  global
                sebagai  satu  mekanisme  guru  berkongsi  pengalaman  dan  pengetahuan
                tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan melalui
                forum/seminar/persidangan antarabangsa.

        38.3.8  Memperluas integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM dan BI.

        38.3.9  Menaik taraf makmal komputer sekolah dengan perkakasan dan perisian
                TMK supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa.







    58
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72