Page 69 - Buku dasar sekolah
P. 69
DASAR
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
39.0 1MURID 1SUKAN
39.1 PENGENALAN
39.1.1 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
39.1.2 Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, dasar ini memberi akses
kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya murid yang kurang aktif atau tidak aktif.
39.1.3 Dasar ini juga membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
dan seterusnya memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi digilap ke tahap yang lebih tinggi.
39.1.4 Selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam
kalangan masyarakat, dasar ini dimulakan di peringkat sekolah melalui
dua strategi, iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Justeru, setiap murid melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun.
39.1.5 Aktiviti sukan di sekolah adalah sangat penting dalam membina kesihatan,
sahsiah dan kesejahteraan murid. Bagi mencapai kecemerlangan sukan,
prestasi murid yang berbakat dan berpotensi terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Program Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.
39.1.6 Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat
penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu.
39.2 PERNYATAAN DASAR
39.2.1 Memastikan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan didaftarkan untuk mengambil bahagian
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada pelbagai jenis sukan
yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
60

