Page 70 - Buku dasar sekolah
P. 70

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


           39.2.2  Memastikan pihak sekolah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti
                  sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan
                  dan membantu perkembangan potensi setiap murid dalam sukan.

           39.2.3  Memastikan  pihak  sekolah  mengoptimumkan  penggunaan  kemudahan,
                  peralatan  dan  kepakaran  yang  sedia  ada  di  sekolah  atau  kawasan
                  persekitaran dengan mengutamakan keselamatan murid.

           39.2.4  Memastikan  semua  murid  mendapatkan  faedah  daripada  penglibatan
                  dalam sukan khususnya bagi murid yang kurang aktif atau tidak aktif.

           39.2.5  Memastikan  pembangunan  sukan  sekolah  dapat  meningkatkan  kadar
                  penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

           39.2.6  Memberi  peluang  kepada  semua  murid  yang  berbakat  dan  berpotensi
                  dalam sukan untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.


            39.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           39.3.1  Memperluas  pelaksanaan  1M  1S  kepada  semua  murid  termasuk  murid
                  berkeperluan  khas  yang  tidak  mengalami  masalah  kesihatan  dengan
                  mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

           39.3.2  Meningkatkan  penglibatan  murid  dengan  menawarkan  lebih  daripada
                  satu  jenis  sukan  mengikut  kemampuan  murid  dan  jenis  sukan  yang
                  ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
                  persetujuan pihak sekolah.

           39.3.3  Menambah baik kualiti pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
                  dan Kesihatan  di sekolah.

           39.3.4  Mengutamakan penyertaan aktif oleh semua murid dalam pelbagai aspek
                  aktiviti sukan.

           39.3.5  Meningkatkan  penglibatan  ibu  bapa  dan  agensi  luar/rakan  sukan  untuk
                  memberi sumbangan kepada pembangunan sukan sekolah.

           39.3.6  Meningkatkan aktiviti sukan di sekolah supaya dapat diadakan sepanjang
                  tahun  berdasarkan  aktiviti  rumah  sukan  dan  kelab  sukan  seperti
                  mengadakan  pertandingan  antara  tingkatan,  kelas,  rumah  sukan,
                  dormitori asrama dan kelab sukan sekolah. Kejohanan olahraga sekolah
                  yang  didahului  oleh  kejohanan  merentas  desa  dan  sukan  tara  menjadi
                  aktiviti teras sukan di sekolah.





                                                                                      61
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75