Page 72 - Buku dasar sekolah
P. 72

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           40.0   PERPADUAN NASIONAL MENERUSI PENDIDIKAN



            40.1   PENGENALAN
           40.1.1  Pendidikan  merupakan  wadah  penting  dalam  usaha  kerajaan  untuk
                  menyatupadukan  penduduk  berbilang  kaum  di  Malaysia.  Melalui
                  pendidikan,  usaha  yang  terancang  dapat  dijalankan  demi  membentuk
                  wargagenara yang bersatu padu, dinamik dan progresif.

           40.1.2  Dasar Pendidikan Kebangsaan semenjak Laporan Razak (1956) lagi telah
                  mengutamakan  aspek  perpaduan.  Nilai-nilai  perpaduan  telah  menjadi
                  teras  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  demi  menjamin  kesejahteraan  dan
                  kepentingan masyarakat berbilang kaum.


            40.2   PERNYATAAN DASAR
           40.2.1  Menyediakan program pendidikan yang dapat melahirkan murid yang bersatu
                  padu, bertolak ansur, penyayang, mempunyai  nilai-nilai positif, patriotik dan
                  bangga terhadap negara selaras dengan prinsip Rukun Negara.

           40.2.2  Memastikan Sekolah Kebangsaan (SK) menjadi sekolah pilihan utama ibu
                  bapa.
           40.2.3  Membina  negara  bangsa  Malaysia  dengan  memperkukuh  perpaduan,
                  membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan
                  sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.

           40.2.4  Memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam medium pendidikan
                  sebagai  tunjang  kekuatan  budaya  dan  jati  diri  bangsa,  dan  penerapan
                  sastera yang bermutu tinggi sebagai wahana terbaik dalam menyuburkan
                  budaya ilmu dan pembinaan tamadun bangsa.

            40.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           40.3.1  Memperkasakan SK sebagai sekolah aliran perdana dan menjadi pilihan
                  utama ibu bapa.

           40.3.2  Menjadikan  bahasa  kebangsaan  sebagai  bahasa  pengantar  utama  di
                  institusi pendidikan.

           40.3.3  Menggunakan  Kurikulum  Kebangsaan  di  semua  sekolah  dalam  sistem
                  pendidikan kebangsaan.






                                                                                      63
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77