Page 76 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 76

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                 2. PENGURUSAN KURIKULUM 2022


                     2.1.     DASAR KURIKULUM

                        1.    LATAR BELAKANG
                          Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid
                          yang  belajar  di  sekolah  ini. Penetapan  dasar  ini  mengambil  kira keperluan
                          pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus
                          perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat mampu
                          menjadi  yang  terbaik  dalam  pelbagai  bidang,  suatu  bentuk  program  yang
                          terancang  telah  disusun mengikut  perbezaan  potensi  dan  kebolehan  antara
                          pelajar untuk menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang
                          kukuh kepada kecemerlangan pelajar, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang
                          lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Induk
                          Pembangunan Pendidikan (PIPP).

                        2.   OBJEKTIF
                              2.1  Penetapan dasar ini dilakukan adalah bertujuan :
                              2.2  Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah;
                              2.3  Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah; dan
                              2.4  Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.

                     3.   DASAR
                      3.1  Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
                          yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
                          kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri
                          dalam diri pelajar dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi;
                      3.2  Dasar  Kurikulum  Sekolah  sepanjang  masa  mestilah  selari  dengan  arus
                          perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan;
                      3.3  Kurikulum  yang  dilaksanakan  mestilah  mematuhi  kehendak  Kementerian
                          Pendidikan  Malaysia  (KPM),  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN)  dan  Pejabat
                          Pendidikan Daerah (PPD);
                      3.4  Semua  guru  mestilah  mendapat  maklumat  terkini  tentang  pendidikan  dan
                          kurikulum semasa;
                      3.5  Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Sekiranya
                          berlaku  pertembungan  program  pada  ketetapan  masa  yang  sama,  laluan
                          untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan.

                     4.   MESYUARAT

                   4.1     Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 (empat) kali
                          setahun mengikut standard piawaian JPN bagi membincangkan pengurusan
                          dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah;
                   4.2     Agenda mesyuarat hendaklah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan
                          di dalam Buku Pengurusan Kualiti JPN atau PKPA 2/1991;
                   4.3     Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran juga perlu dilaksanakan sebanyak minimum
                          4 (empat)  kali  setahun  dan  minit  mesyuarat  mestilah  disediakan  dalam
                          tempoh seminggu dari tarikh mesyuarat diadakan;
                   4.4     Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 (tiga) hari sebelum
                          tarikh mesyuarat diadakan;
                   4.5     Semua  perkara  yang  telah  dibincangkan  dan  diputuskan  dalam  Mesyuarat
                          Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam
                          Mesyuarat  Panitia  Mata  Pelajaran  dan  maklumbalas  yang  sewajarnya
                          mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kurikulum;
                   4.6     Jawatankuasa Kurikulum mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian
                          impak  terhadap  pelaksanaan  kurikulum  dalam  semua  mata  pelajaran  dan
                          pihak pentadbiran  sekolah  beserta  ketua-ketua  panitia  mata  pelajaran
                          dipertanggungjawabkan sepenuhnya.



                                                            73
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81