Page 81 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 81

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                       •   Pentadbiran   sekolah    perlu   memastikan      panitia   mata    pelajaran
                          membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan
                          kewangan.
                   12.3   Peperiksaan dan Penilaian
                       •   GPK  bertanggungjawab  sepenuhnya  membantu  Guru  Besar  dalam
                          pengurusan dan penyeliaan UB dan PKSR;
                       •   Jawatankuasa  Penilaian  dan  Peperiksaan  Sekolah  dibentuk  seperti dalam
                          senarai tugas tahunan.
                       •   Bilik-Bilik Khas
                       •   Semua  bilik  khas  mesti  diurus  dengan  sempurna  oleh  guru  yang
                          bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah;
                       •   Rekod penggunaan, peraturan penggunaan dan jawatankuasa bilik-bilik khas ini
                          mestilah diwujudkan;
                       •   Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.
                   12.4   Penyediaan Buku Latihan Murid
                       •   Semakan buku tulis murid akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan 2 (dua)
                          kali  setahun  bagi  memastikan  semakan  dan  pemeriksaan  dilakukan secara
                          konstruktif;
                       •   Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan
                          murid  di  dalam  setiap  kelas  yang  diajar  untuk  semakan  pihak pentadbiran
                          sekolah;
                       •   Semua GPK akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar
                          kepada GB untuk semakan.

                     13   ANGGARAN  PERBELANJAAN  TAHUNAN  PANITIA
                   13.1   Dasar  perbelanjaan  dan  perolehan  akan  ditentukan  semasa  Mesyuarat
                          Kewangan  Sekolah.  Setiap  panitia  boleh  mengemukakan  cadangan
                          pembelian buku dan peralatan BBB kepada GPK Tadbir Dan Kurikulum dengan
                          mengisi Nota Minta;
                   13.2   Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
                          mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa;
                   13.3   5% hingga 10% peruntukan untuk tahun semasa perlu dirizab untuk pembelian BBB
                          bagi kegunaan awal tahun berikutnya;
                   13.4   Bajet  hendaklah  berdasarkan  peruntukan  wang  kerajaan  dan  wang  suwa
                          yang ada.

                     14   BUKU TEKS DAN BUKU KERJA MURID
                   14.1   Buku  teks  yang  dibekalkan  harus  dimaksimumkan  penggunaannya  oleh
                          setiap  murid  dan  guru  bagi  mendedahkan  konsep-konsep  dalam  mata
                          pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik pelajaran hendaklah
                          ditegaskan kepada murid;
                   14.2   Penggunaan  buku  kerja  dibenarkan  dengan  syarat  cara  penggunaan  tidak
                          menggantikan  Buku  Teks  dan  mematuhi  SPI  Bil.10/1991  bertarikh  2  Oktober
                          1991;
                   14.3   Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 (dua) kali setahun
                          oleh guru bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas Skim Pinjaman Buku
                          Teks (SPBT);
                   14.4   Buku Rekod Amali (BRA) mestilah digunakan dalam PdPc Sains selaras dengan SPI
                          Bil.7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. BRA ini mengandungi halaman yang bergaris
                          dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data,
                          maklumat,  pemerhatian  dan  kesimpulan  kajian  atau  eksperimen.  Halaman
                          yang  kosong  boleh  digunakan  untuk  melukis  gambarajah,  graf  dan
                          sebagainya.  Penggunaan  buku  ini  dapat  memperkembangkan  kemahiran
                          saintifik dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan;
                   14.5   Guru  mestilah  memberikan  latihan  bertulis  secara  topikal  di  dalam  kelas
                          ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc di dalam bilik









                                                            78
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86