Page 78 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 78
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
7.9 BRM mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah pada setiap hari
Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan;
7.10 Semua guru mesti membawa BRM setiap kali masuk ke kelas;
7.11 Pendidikan Bestari merupakan kaedah PdPc berpusatkan murid dan
menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) serta kemudahan ICT yang
disediakan. Kualiti PdPc guru haruslah dipertingkatkan dengan menguasai
kaedah-kaedah terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui
aktiviti perkembangan staf.
8. JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan
1996;
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan dalam Mesyuarat Kurikulum;
8.3 Dasar pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberikan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru;
8.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil;
8.5 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu;
8.6 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan
bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi
dengan Jadual Waktu Guru Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah
menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
dijalankan oleh guru ganti yang terpilih;
8.7 Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan
oleh pihak pentadbiran sekolah;
8.8 Jadual Waktu Penggunaan Bilik-Bilik Khas mestilah disediakan oleh guru
pengawas bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.
Satu salinan jadual mestilah diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan
guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-bilik khas yang terlibat untuk proses PdPc
adalah Pusat Sumber Sekolah (PSS), Makmal ICT, Makmal Sains, Bengkel
Kemahiran Hidup, Surau, Bilik j-Qaf, Bilik Seni dan Pusat Akses;
8.9 PSS merupakan nadi yang akan menyokong PdPc di dalam kelas dan juga
budaya pembelajaran kendiri murid dalam meningkatkan ketrampilan dan
potensi diri murid-murid. Oleh itu, matlamat perancangan strategik PSS
mestilah mempunyai halatuju ke arah pencapaian objektif tersebut dan
semua Guru Penolong Kanan (GPK) beserta ketua-ketua panitia adalah
tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan
masing-masing dengan baik.
9. PROSES PdPc
9.1 Menyediakan kemudahan PdPc yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);
9.2 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang
berkemahiran dalam ICT. Oleh itu, penggunaan peralatan ICT adalah amat
digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam menyokong PdPc di dalam bilik
darjah dengan bantuan BBB yang lain;
9.3 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris selaras dasar KPM iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris;
9.4 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam
PdPc bagi meningkatkan ketrampilan guru, seterusnya meningkatkan
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi
pencapaian peperiksaan awam. Ini kerana pengajaran yang berkualiti akan
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti;
9.5 Keberkesanan PdPc mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran, murid dan
barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi PdPc berdasarkan penguasaan
pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan gaya murid di dalam kelas;
75

