Page 80 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 80
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
11.11 Rekod Markah
• Pengisian markah peperiksaan adalah secara atas talian melalui pautan Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) iaitu http://sapsnkra.moe.gov.my
• Laporan prestasi mata pelajaran murid diserahkan kepada ibu bapa/penjaga
untuk ditandatangani dan perbincangan prestasi mata pelajaran murid
diadakan semasa Hari Bicara Akademik yang diadakan selepas peperiksaan.
11.12 Gred Pencapaian
Markah Gred
85 - 100 A
70 - 84 B
60 - 69 C
50 - 59 D
40 - 49 E
01 – 39 F
11.13 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
• Guru pembina soalan UB dan PKSR perlu menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran soalan;
• JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada
ujian/peperiksaan berikutnya;
• Semua soalan mesti disahkan oleh ketua panitia atau GPK Tadbir dan
Kurikulum sebelum dicetak.
11.12 Post-Mortem
• Post-Mortem secara bertulis harus disediakan oleh ketua panitia mata
pelajaran setiap kali UB dan PKSR dijalankan;
• Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah penguasaan murid
hendaklah dikenalpasti bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
12. PEMANTAUAN
12.1 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
• Pencerapan PdPc akan dilaksanakan sebanyak 2 (dua) kali dalam setahun
secara rasmi;
• Jawatankuasa Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
pencerapan bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-
program sekolah yang telah dirancang;
• Penyeliaan PdPc mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti PdPc dan bukan
mencari kesalahan guru;
• Guru-guru akan dicerap oleh GB/GPK atau ketua panitia mata pelajaran
manakala semua GPK akan dicerap oleh GB;
• Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan
masa yang sesuai untuk dicerap.
12.2 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
• Pengurusan panitia mata pelajaran adalah di bawah pengawasan GPK Tadbir
dan Kurikulum;
• GPK Tadbir dan Kurikulum akan menyelia semua perjalanan panitia
sepanjang tahun;
• Semua Fail Pengurusan Panitia Mata Pelajaran akan disemak dan
diletakkan di pejabat;
• Semua panitia mata pelajaran perlu membuat Pelan Strategik, Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi;
• Semua panitia mata pelajaran mesti menentukan sasaran peratusan lulus
pada setiap UB dan PKSR berdasarkan TOV, ETR dan "headcount” murid;
77

