Page 77 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 77

SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022


                     5.   PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
                      5.1.  Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas
                          Bil.4/1986;
                      5.2.  Kejayaan  murid  dalam  mata  pelajaran,  prestasi  peperiksaan  awam,  motivasi
                          dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di
                          dalam kelas. Oleh itu, semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan
                          digunakan  dengan  optimum  untuk  saling  bekerjasama,  saling  membantu,
                          berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan
                          dan keberkesanan pengajaran;
                      5.3.  Semua perancangan dan tindakan panitia mata pelajaran mestilah sentiasa
                          merujuk  kepada  "take  off  value”  (TOV)  dan  ETR  dalam  pengurusan  prestasi
                          mata pelajaran;
                      5.4.  Semua  panitia  mata  pelajaran  mestilah  berusaha  mendapatkan  dan
                          mengamalkan  kepelbagaian  strategi  pengajaran  yang  inovatif  dan  boleh
                          mendorong  serta  menggerakkan  kecenderungan  murid  untuk  belajar
                          dengan lebih baik;
                      5.5.  Semua mesyuarat  panitia  mata  pelajaran akan  dijalankan dalam  tempoh
                          dua minggu selepas mesyuarat kurikulum.
                      5.6.  Mesyuarat  Panitia  ini  mata  pelajaran  mestilah  dihadiri  oleh  pentadbir
                          sebagai  penasihat.  Satu  salinan  minit  mesyuarat  panitia  hendaklah
                          disampaikan kepada Guru Besar (GB) melalui Setiausaha Kurikulum;
                      5.7.  Setiausaha  panitia  hendaklah  menyelenggara  fail-fail  panitia  dan  semua
                          minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan
                          dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.

                     6.   SISTEM FAIL
                      6.1  Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum;
                      6.2  Semua  fail  panitia  mata  pelajaran  diletakkan  di  Bahagian  Pentadbiran
                          Sekolah (Fail Rasmi - putih);
                      6.3  Sebarang  aktiviti  untuk  mengambil  dan  menyimpan  fail  ke  dalam  almari
                          khas  mestilah  di  bawah  pengetahuan  dan  mendapat  keizinan  pihak
                          pentadbiran sekolah.

                     7.   SUKATAN  PELAJARAN  (SP)  DAN  RANCANGAN  PELAJARAN  HARIAN  (RPH)
                   7.1    Sukatan  Pelajaran  (SP),  Huraian  Sukatan  Pelajaran  (HSP),  Rancangan
                          Pelajaran  Tahunan  (RPT)  dan  Rancangan  Pelajaran  Harian  (RPH)  adalah
                          dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru apabila
                          merancang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc);
                   7.2    SP terkini yang dilaksanakan oleh KPM hendaklah diperoleh dan disimpan oleh
                          setiap guru;
                   7.3    Satu salinan SP, HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia;
                   7.4    Guru mestilah dapat menghayati, mengenalpasti dan boleh menterjemahkan
                          objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran
                          dan juga mempraktikkannya dalam proses PdPc di dalam kelas. Justeru, setiap
                          guru  harus  mahir  tentang  konstruk-konstruk  peperiksaan awam  bagi  mata
                          pelajaran yang diajar;
                   7.5    Salinan RPT bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah
                          disahkan  oleh  GB  mestilah  dilampirkan  bersama  di  dalam  Buku  Rekod
                          Mengajar (BRM);
                   7.6    Penulisan  RPH  di  dalam  BRM  hendaklah  mengikut  format  yang  telah
                          ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran masing- masing
                          atau paling minimina mengikut pekeliling yang telah ditetapkan;
                   7.7    Semua guru mestilah menyediakan RPH di dalam BRM sebelum masuk ke
                          dalam kelas bagi tujuan PdPc. Oleh itu, BRM mestilah lengkap dan dibawa
                          masuk ke kelas pada setiap waktu PdPc;
                   7.8    Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti PdPc untuk menilai
                          tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi
                          tujuan penambahbaikan pada masa hadapan;






                                                           74
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82