Page 79 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 79
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
9.6 Proses PdPc yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah dan
kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Justeru, setiap guru mestilah
berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-
kemahiran di atas secara berterusan;
9.7 Guru mata pelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
tersebut. Oleh itu, pengurusan “headcount” mata pelajaran mestilah menjadi
amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru;
9.8 PdPc menggunakan stesen-stesen PdPc di luar bilik darjah digalakkan dan
akan dikembangkan secara berterusan;
9.9 Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca,
belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan
penerapan budaya cintakan ilmu. Murid-murid juga digalakkan belajar
melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS);
10. GURU GANTI
10.1 Mana-mana guru yang berkursus, cuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat
Khas (CRK) perlu memaklumkan kepada GB atau pihak pentadbiran sekolah
lebih awal untuk disediakan guru ganti bagi kelas guru tersebut;
10.2 Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan PdPc untuk kelas
yang ditinggalkan;
10.3 Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang
telah diarahkan.
11. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
11.1 Ujian Bulanan (UB) dan Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) perlu
dilaksanakan sebanyak 2 (dua) kali setahun;
11.2 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti
dalam pendidikan;
11.3 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua
murid bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta
Pendidikan 1996;
11.4 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan
pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif;
11.5 Pentaksiran sekolah atau peperiksaan dalaman perlu dilaksanakan
11.6 berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam
Pekeliling Peperiksaan Peringkat Sekolah Bil.2/2008 - pindaan
11.7 (rujuk lampiran kurikulum 4) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan
ujian seragam dalam setahun, dasar peratusan markah untuk semua tahun,
format peperiksaan, jadual pengawasan, rekod markah, syarat lulus, jadual
spesifikasi ujian, “content skill’ dan “post mortem” peperiksaan menggunakan
program yang telah ditetapkan;
11.8 Jawatankuasa “Headcount” Sekolah dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan
mengkaji TOV dan meletakkan ETR bagi peperiksaan awam.
11.9 Format Peperiksaan
• UB dan PKSR hendaklah mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar;
• Peruntukan masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam;
• Format soalan adalah mengikut format kertas peperiksaan awam berasaskan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
11.10 Jadual Pengawasan
• UB dan PKSR diadakan serentak selama 4 (empat) hari seminggu bagi semua
aliran;
• Jadual pengawasan disediakan oleh pihak pentadbiran sekolah;
• Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
76

