Page 83 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 83
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
17.5 Penglibatan GPK Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru kaunseling adalah wajib
bagi penyelarasan keberkesanan dan kelancaran PKA;
17.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas
cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program
kepada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah;
17.7 Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti PdPc berdasarkan keperluan
panitia;
17.8 Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua PKA yang bertunjang ke arah
kecemerlangan murid;
17.9 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi yang akan membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksana PKA.
18 PERKEMBANGAN STAF
18.1 Kursus Dalaman
18.2 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
kepada GB/GPK apabila pulang berkursus dengan menggunakan format
minit curai;
18.3 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan
dan budi bicara GB/GPK apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur
kursus;
18.4 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.
18.5 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
18.6 Kursus ini dilaksanakan bagi mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2003.
Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari
/ 42 jam setahun dan dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan;
18.7 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar;
18.8 Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru dan staf.
18.9 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
18.10 Bahan-bahan ini perlu diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan
keperluan dan disimpan untuk rujukan panitia.
19 KAJIAN TINDAKAN
19.1 Semua panitia mata pelajaran diwajibkan membuat satu kajian tindakan
setiap tahun;
19.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke JPN untuk penyertaan
sekolah.
20 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc DAN PEPERIKSAAN
20.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan;
21 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
21.1 Peperiksaan UPSR - semua murid lulus dalam setiap mata pelajaran
(sekurang-kurangnya dengan pangkat C);
21.2 Sasaran 8 orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR;
21.3 Peperiksaan Dalaman - semua murid lulus dalam setiap mata pelajaran.
22 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
22.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan;
22.2 Guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan
yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama
sekolah.
80

