Page 82 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 82
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
darjah. Guru mata pelajaran mestilah memastikan semua murid membuat
latihan ini dan disemak mengikut tempoh yang telah ditetapkan;
14.6 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan
panitia atau guru yang terlibat mestilah menangani perkara ini secara
berhemah dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan perkara
tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan. Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga
cara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia;
14.7 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat
panitia.
15 LATIHAN MINIMUM
15.1 Latihan adalah penting bagi memastikan pengukuhan terhadap konsep dan
proses pengayaan dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu, latihan minimum
yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh
semua guru mata pelajaran;
15.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di
dalam mesyuarat panitia pertama setiap tahun;
15.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan
tinggi mengikut tahap kebolehan murid.
16 PSS DAN BAHAN RUJUKAN
16.1 Penggunaan PSS adalah pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM;
16.2 Guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan
membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video
berkaitan PdPc;
16.3 Program NILAM di PSS akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa
Melayu untuk tempoh 6 (enam) bulan pertama persekolahan dan Bahasa
Inggeris untuk 6 (enam) bulan berikutnya;
16.4 Semakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu secara bergilir-gilir;
16.5 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan
diserahkan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mengikut tarikh yang
ditetapkan;
16.6 Buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
17 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA)
17.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses PdPc dibuat
berdasarkan keperluan panitia. Oleh itu, Dasar Kurikulum Sekolah perlulah
menyokong sepenuhnya semua PKA yang berfokus ke arah kecemerlangan
dan ketrampilan diri serta sahsiah murid;
17.2 Jawatankuasa PKA merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah;
17.3 Skop PKA ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan menguasai
fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran, menajamkan
kemahiran berfikir murid supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid terutamanya melalui
penulisan, meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan
serta meningkatkan motivasi dan minat murid untuk terus belajar;
17.4 PKA jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan
keberkesanan PdPc di dalam kelas serta dapat meningkatkan ketrampilan diri
murid-murid. Program ini dilaksanakan sepanjang tahun dengan bimbingan
guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang
dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk
peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi, pendedahan teknik
dan "practice make perfect” juga "practice make permanent”;
79

