Page 21 - tmp
P. 21

i)     ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh diketahui terlebih dahulu, samada
                              sebab-sebab  persendirian  atau  pihak  yang  diluluskan,  hendaklah  dimaklumkan  dengan
                              segera sebelum hari yang terlibat itu.

                       ii)    ketidakhadiran cara tergempar, sekalipun mendapat Cuti Sakit hendaklah
                              diberitahu seberapa segera pada hari itu juga dengan apa-apa cara yang sesuai.

               6.2      Guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan Cuti Sakit atau diarahkan menghadiri
                       sesuatu mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak yang diluluskan, diminta memohon
                       cuti dengan Borang Cuti yang disediakan.

               6.3      Permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil.  Pengecualian boleh
                       dibenarkan atas sebab-sebab tergempar sahaja di mana Borang Cuti boleh diuruskan
                       kemudian pada hari pertama bertugas semula.

               6.4      Guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah dihabiskan
                       cutinya di hospital atau di rumah, melainkan jika ditetapkan oleh Pegawai Perubatan
                       sebaliknya (Perintah Am Bab C).

               6.5      Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, mengawas peperiksaan
                       dan tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan dikehendaki mengisi borang
                       tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada GPK 1.

               6.6       Guru yang mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan
                       kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan atau mewakilkan kepada rakan guru.

               6.7      Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor  perlu berehat.  Oleh itu,
                       guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah atau stesen bertugas.

               6.8      Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas  perlu mengemukakan permohonan
                       sekurang-kurangnya 1 hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan melalui aplikasi HRMis.

                       Cuti Rehat Khas bukanlah hak guru mutlak tetapi keistimewaan.

               7.0       KELUAR WAKTU BERTUGAS

               7.1       Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali jika
                       ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian
                       Pendidikan, JPN dan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar atau GPK.

               7.2       Seseorang guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan
                       samada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada hari
                       berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berbuat
                       demikian.  Kebenaran untuk maksud atau tujuan seperti itu hanya akan diberi atas sebab-
                       sebab yang amat mustahak dan tidak dapat dielakkan sahaja.


               7.3       Seseorang guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
                       samada atas urusan persendirian mahupun rasmi, setelah menerima kebenaran dan diluluskan
                       oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dikehendaki menyempurnakan butir-butir di dalam
                       BORANG KELUAR DALAM WAKTU BEKERJA.

               7.4       Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk
                       pelajar melalui Guru Penolong Kanan.

               7.5      Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam
                       keadaan kecemasan.


                                                              20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26