Page 32 - tmp
P. 32
32.4 CUTI KHAS ISTERI BERSALIN
32.4.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
32.5 CUTI TANPA REKOD
32.5.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan
syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan , mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian
dalam sukan atau tugas khas perubatan.
32.6 JENIS-JENIS CUTI TANPA REKOD
1. Cuti Gantian
2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
3. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan
4. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
5. Cuti Memasuki Peperiksaan
6. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
7. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
8. Cuti Tugas Khas Perubatan
9. Cuti Isteri Bersalin
10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
11. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan
12. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN
32.6.1 CUTI GANTIAN
1. Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau kepentingan
perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau bayaran khas. Contoh masa
bertugas lebih masa;
• Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am
• Bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974)
2. Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas bersamaan dengan 1 hari.
(PA 40 BAB C 1974)
3. Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tugas. Jika tidak diambil
dalam tempoh berkenaan akan dianggap luput. (JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada
JPM) 1
4. Kemukakan salinan’workorder’ yang disahkan bagi kerja-kerja yang dijalankan
32.6.2 CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA
JENIS PASUKAN SUKARELA YANG DIBENARKAN;
Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja, Simpanan Sukarela Tentera Udara Di
Raja,Simpanan Sukarela Polis, Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Syaratnya
ialah:-
31

