Page 27 - tmp
P. 27

17.8     Langkah Keselamatan – Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi dengan
                       rapi oleh semua guru. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat yang hadir
                       bersama guru atau Penolong Kanan. Minta pelawat pergi ke pejabat dan berurusan di pejabat
                       sekolah.

               17.9    Kelas Bersurai – Guru yang mengajar pada waktu akhir bertanggungjawab untuk menyuraikan
                       pelajar-pelajar dengan teratur dan tertib tepat pada waktunya. Jangan lepaskan pelajar
                       sebelum loceng berbunyi.

               17.10   Denda – Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda berat ( Corporal Punishment )
                       ke atas pelajar-pelajar. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan tatatertib hendaklah
                       dibawa ke pengetahuan Guru Besar / Guru Disiplin.

               18.0     GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN
                       (Sila rujuk jadual tugas guru harian /mingguan)

               18.1    Setiap hari sekolah ada sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas terdapat
                       dalam buku panduan dan tugas guru. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat nama guru
                       bertugas di papan putih di bawah tangga naik ke pejabat sekolah.

               18.2     Ketua guru bertugas hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli
                       kumpulannya.

               18.3     Memastikan pelajar  berada pada tapak perhimpunan tepat pada masanya.

               18.4     Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik di kalangan pelajar.

                       18.4.1  Memastikan peraturan sekolah dipatuhi

                       18.4.2  Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin

                       18.4.3  Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya

                       18.4.4  Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan

               18.5     Mengurus masalah pelajar yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan
                       Bertugas.

               18.6     Melakukan “Spot Check” sekurang-kurangnya dua kelas setiap  minggu.
               18.7     Berada di tempat perhimpunan pelajar bagi mengawasi dan memantau pelajar agar  tidak
                       membuat bising  semasa perhimpuan berjalan.


               19.0     PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN

               19.1     Perhimpunan Rasmi Mingguan

                       19.1.1  Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diadakan pada setiap hari Isnin bermula   jam
                              7.45 pagi.

                       19.1.2  Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru
                       disiplin dan guru bertugas mingguan untuk mengawal pelajar. Kehadiran guru akan diambil.

                       19.1.3  Semua guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlenggan
                              Panjang ( pemakaian kot/blazer adalah digalakkan )
                                                              26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32