Page 31 - tmp
P. 31

dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja.  Sebarang aktiviti
                       berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.

               31.2     Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
                       suasana yang harmoni dan tidak mengganggu  ketenteraman guru lain.

               31.3     Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

               31.4     Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru
                       termasuk keselamatan harta benda yang terdapat di dalam bilik guru.

               31.5     Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer,
                       lampu dan ‘air-cond’ telah ditutup.


               32.0     CUTI

               Mengikut Surat Pekeliling  Kementerian  KP (PP)  0046.SJ/a (30) bertarikh  24 Disember 1993, guru
               berkelayakan  mendapatkan  cuti  penggal  sekolah  untuk  menggantikan  cuti  rehat.    Tetapi  guru  boleh
               dipanggil bertugas oleh Guru Besar  tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
               menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.


               32.1     CUTI  REHAT KHAS (CRK)

               32.1.1  Cuti Sambilan tidak lebih daripada  tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
                       Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan
                       Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh  (10) hari dalam satu tahun kalender; dan

               32.1.2  Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
                       dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
                       pegawai yang layak.

               32.1.3  Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.

               32.1.4  Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan
                       pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

               32.1.5  Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
                       melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (Bab C )


               32.2     CUTI SAKIT

               32.2.1  Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
                       disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

               32.2.2  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta  tidak  boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

               32.2.3  Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
                       dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pendidikan

               32.3     CUTI KELUAR NEGARA

               32.3.1  Semua guru yang bercuti keluar negara mestilah mendapat kelulusan.  Sila isikan borang
                       permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti

                                                              30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36