Page 28 - tmp
P. 28
19.1.4 Sila “silentkan” telefon bimbit.
19.1.5 Sila beri tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan jangan berbual-bual atau
menggunakan sebarang handphone.
20.0 MELAKUKAN KERJA LUAR
20.1 Penjawat Awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D
seperti berikut:
20.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
20.1.2 Dibenarkan dengan syarat :
20.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
20.1.2.2 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
20.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah
dengan Kepentingan jabatan
20.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan
subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebehi RM 50,000 (Ringgit Malaysia :
Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya sekali.
21.0 KEAHLIAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS)
21.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf.
21.2 Semua guru dan staf dikehendaki bersama-sama menyokong dan memberi kerjasama
yang padu kepada semua aktiviti kelab lebih-lebih lagi didalam urusan kutipan yuran keahlian.
22.0 KES PONTENG SEKOLAH
22.1 Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang
sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam kelas pada waktu belajar.
Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM /
Guru Disiplin.
22.2 Semua guru hendaklah memberikan kerjasama kepada guru kelas dalam menangani
perkara di atas.
22.3 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat daripada penjaga
hendaklah dimaklumkan kepada penjaga.
22.4 Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari, guru kelas hendaklah
mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu
27

