Page 29 - tmp
P. 29
menimbulkan keraguan, laporkan perkara ini guru disiplin untuk direkodkan.
22.5 Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Amali RBT, Sains, Pend.Seni, Komputer, PJ dan
Perpustakaan, guru berkenaan hendaklah memastikan pelajar-pelajar berjalan dengan tertib
semasa menuju ke tempat itu.
22.6 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada seorang
pelajar pun yang meninggalkan kelas. Pelajar yang meninggalkan kelas / masuk lewat hendaklah
dilaporkan kepada Guru Disiplin.
22.7 Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh menghantar pelajar yang sakit ke hospital
/ balik ke rumah jika perlu. Bagi pelajar perempuan, seorang teman harus ikut bersama.
Guru Besar / PK HEM harus diberitahu tentang pelajar yang dihantar balik.
23.0 ARAHAN DAN PEKELILING
23.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan
teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
23.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam
fail khas.
24.0 KUNCI
24.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang mengambil kunci hendaklah
merekodkannya ke dalam Buku Rekod Pergerakan Kunci di pejabat.
24.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran
daripada Guru Besar dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
25.0 TELEFON
25.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi.
25.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bililik darjah dan semasa
Mesyuarat untuk urusan peribadi.Jika berkaitan PdPc dibenarkan mengikut piawaian.
26.0 BUKU STOK / INVENTORI
26.1 Ketua Panitia, Guru Bengkel RBT dan Guru Stok bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta).
26.2 Ketua Panitia pelajaran dan Guru Stok akan menyemak buku stok/inventori ini dari masa
ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Besar.
27.0 URUSAN DENGAN SSTP / JPN / KPM
27.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Kementerian atau Jabatan Pendidikan
Negeri untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.
28

