Page 30 - tmp
P. 30

28.0     TUGAS GURU

               28.1     Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran.
                       Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.

               28.2     Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di BTP, JPN atau sekolah lain hendaklah
                       dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
                       pengetahuan Guru Besar.

               28.3     Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit  curai
                       hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar  dengan menggunakan borang khas yang boleh
                       diperolehi di pejabat sekolah.

               28.4     Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seupamanya, apabila balik
                       ke sekolah, hendaklah menjalankan ”In House Training ” kepada guru dan memaklumkan
                       kepada Guru Besar / GPK Pentadbiran tarikh dan masa pelaksanaannya.

               28.5     Guru yang melaksanakan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
                       bertulis untuk pelajar dan memaklumkannya kepada Ketua Panita pelajaran masing-
                       masing.



               29.0     JADUAL WAKTU MENGAJAR

               29.1     Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

               29.2    Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu  yang telah ditetapkan tanpa
                       kebenaran.

               29.3     Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam
                       kelas masing-masing.



               30.0     KEBERSIHAN

               30.1     Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah.  Jadual giliran  bertugas
                       pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk  kelas masing-masing.  Alat-alat
                       membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.

               30.2     Ketua Panitia dan mana-mana guru  yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel,
                       bilik kaunseling, makmal sains dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan
                       dan keceriaan bilik masing-masing.

               30.3    Semua guru, staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap
                       kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.



               31.0     BILIK GURU

               31.1     Guru hendaklah berada di bilik guru / bilik  guru bengkel semasa tidak mengajar di kelas.
                       Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’  dan bukannya ’ free period ’.
                       Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran

                                                              29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35