Page 15 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 15

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019




                                             DASAR SMK SERI KERAMAT


               1  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                    1.1   KEHADIRAN GURU

                         1.1.1    Isnin – Khamis
                                  Guru sesi pagi: masuk 7.20 pagi dan keluar 2.00 petang.
                                  Guru sesi petang: masuk 12:30 tengah hari dan keluar 6.55 petang.
                         1.1.2    Jumaat
                                  Guru sesi pagi: masuk 7.20 pagi dan keluar 12.30 petang.
                                  Guru sesi petang: masuk 2.25 petang dan keluar 6.40 petang.
                         1.1.3    Kehadiran  guru  mesti  dirakam  dalam  Kad  Perakam Waktu  dan  ditulis  dalam  Buku
                                  Kehadiran.  Kelewatan  3  kali  minimum  sebulan  Kad  Perakam  Waktu  akan  ditukar
                                  warna bermula dengan warna hijau dan seterusnya merah.
                         1.1.4    Borang Cuti Rehat Khas hendaklah diserahkan ke pejabat sekurang-kurangnya tiga
                                  hari  daripada  tarikh  yang  dipohon  setelah  disokong  oleh  PK/PK  Petang.(Borang
                                  Putih).
                         1.1.5    Cuti  Kecemasan  hanya  diberi  setelah  mendapat  kebenaran  Pengetua.  (Borang
                                  Merah)
                         1.1.6    Cuti Sakit (MC)  mestilah diserahkan kepada kerani (PT Perjawatan) sehari selepas
                                  bercuti.
                                  Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak melebihi 15 hari setahun.
                         1.1.7    Ketidakhadiran   guru mesti dimaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi untuk guru sesi
                                  pagi dan pukul 11.30 pagi untuk sesi petang.
                         1.1.8    Ketidakhadiran guru juga mesti direkodkan dalam Buku MMI yang berada di pejabat
                         1.1.9    Guru-guru  yang  ingin  menguruskan  hal  peribadi  perlu  memastikan  waktu  yang
                                  digunakan  tidak  mengganggu  PdP.    Sekiranya  tidak  dapat  dielakkan  sila  buat
                                  pertukaran waktu dengan rakan yang lain.
                         1.1.10  Kebenaran  untuk keluar  perlu  mendapat  kelulusan  Pengetua  dan  tertakluk kepada
                                  tempoh  tiga  jam    sahaja  dan  perlu  mengisi  Borang  Urusan  Bukan  Rasmi.  Guru
                                  perlulah memastikan kad perakam waktu ditandatangi oleh pentadbir.
                         1.1.11  Temujanji  hospital/klinik  perlu  ada  “time-slip”  dan  tertakluk  kepada  tempoh  3  jam
                                  sahaja. Jika lebih perlu,  ambil MC atau CRK.
                         1.1.12  Guru  tidak  dibenarkan  menggunakan  waktu  PdP  untuk  menguruskan  tugas-tugas
                                  lain.

                   1.2   PENGURUSAN PEJABAT DAN STAF SOKONGAN

                         1.2.1    Urusan jual beli tidak dibenarkan di sekolah kecuali melalui koperasi sekolah.
                         1.2.2    Urusan jual beli tidak dibenarkan dalam waktu bekerja.
                         1.2.3    Dilarang makan dan minum dalam pejabat.
                         1.2.4    Pastikan pejabat berada dalam keadaan yang bersih, kemas teratur dan kondusif.
                         1.2.5    Pastikan kaunter  sentiasa ada pegawai operasi kecuali waktu rehat.
                                  Waktu rehat : Isnin – Khamis : 1.00 – 2.00 petang
                                                      : Jumaat 12.30 – 2.45 petang
                         1.2.6    Pengumuman hanya boleh dibuat oleh guru bertugas mingguan dan pengawas serta
                                  perlu  direkodkan  dalam  Buku  Pengumuman.  Waktu  pengumuman  hanya  boleh
                                  dibuat pada :-
                                  Sesi pagi : Waktu rehat dan 10 minit sebelum tamat  sesi persekolahan
                                  Sesi petang : Waktu rehat sahaja
                         1.2.7    Ketua  Pembantu  Tadbir  mesti  mengagihkan  tugas  kepada  semua  staf  sokongan
                                  secara adil.
                         1.2.8    Kerja-kerja  peribadi  yang  tidak  mendesak  tidak  dibenarkan  dilakukan  dalam  waktu
                                  pejabat.




                                                                                                            15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20