Page 19 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 19
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
dengan diselia oleh Pentadbir dan GKMP. Penolong Ketua Panitia mencatat dan
menyediakan minit dalam tempoh satu minggu dan maklumbalas dalam tempoh 2
minggu selepas minit mesyuarat dikeluarkan.
2.3.6 KP matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan
matapelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan mengikut takwim sekolah
semasa sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua
guru panitia masing-masing pada hari pertama sesi persekolahan baru.
2.3.7 KPmatapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali
Mesyuarat Panitia dalam satu tahun persekolahan.
2.3.8 KP matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia
masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru
bermula.
2.3.9 KPmatapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan
untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada Mesyuarat
Panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-soalan penilaian
dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan
Mata Pelajaran masing-masing selewat-lewatnya seminggu selepas Mesyuarat
Panitia kali pertama diadakan.
2.3.10 KPmatapelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi
Matapelajaran pada Mesyuarat Panitia kali pertama dan menggunakan PILL dalam
pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran. Keberkesanan dan
penambahbaikan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan
dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah
dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
2.3.11 KPmatapelajaran dikehendaki membentangkan Pelan Taktikal, bilangan buku latihan,
bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan bersama guru- guru panitia pada
Mesyuarat Panitia kali pertama.
2.3.12 KPmatapelajaran dikehendaki mengemaskinikan Fail Stok Bahan Bantu Mengajar
dari masa ke semasa. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti diedarkan kepada
semua guru panitia masing-masing pada Mesyuarat Panitia kali pertama.
2.3.13 KPmatapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus
dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan.
Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPNS
dan KPM, guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian LDP
panitia.
2.3.14 KP mata pelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan
oleh guru panitia matapelajaran.
2.3.15 KP mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan Dialog Prestasi mata pelajaran
untuk setiap ujian/peperiksaan dan membentangkan pada Mesyuarat Dialog Prestasi
peringkat sekolah.
2.3.16 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam
Mesyuarat Panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan
Kewangan & Akaun Sekolah. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang
diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada GKMP.
KP dikehendaki mengisi Borang Senarai Perbelanjaan Panitia setiap kali pembelian.
2.3.17 KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini semua Fail Panitia dan stok masing-
masing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk
menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya
didapati fail-fail panitia tidak dikemaskini dengan sempurna.
2.3.18 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya
adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru
tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan
dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik
oleh Ketua Panitia mata pelajaran tersebut.
2.3.19 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Panitia kali pertama.
19

