Page 18 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 18

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                         1.8.14  Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi:
                                  Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan
                                  peperiksaan.  Kertas  soalan  akan  diberi  kepada  murid  sebagai  latihan  dan  akan
                                  ditanda  oleh  guru  matapelajaran  tetapi  murid  akan  diberi  markah  kosong  untuk
                                  matapelajaran berkenaan dalam pengiraan markah purata.
                         1.8.15  Penilaian Kerja Kursus atau Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah harus diulangi oleh
                                  guru  sehingga  murid  melepasi  Band  3  dalam  matapelajaran  berkenaan  atau
                                  mengikut ketetapan PPPM.
                         1.8.16  Semua  murid  wajib  menduduki  1  penilaian  (Feb/Mac)  dan  dua  peperiksaan
                                  (Peperiksaan  Pertengahan  Tahun,  Peperiksaan  Akhir  Tahun  atau  Peperiksaan
                                  Percubaan PT3/SPM).

               2  KURIKULUM

                   2.1   UMUM

                        2.1.1     Dasar  Kurikulum  Sekolah  sepanjang  masa  mestilah  selari  dengan  SistemArus
                                  Perdana    dan  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan  khususnya  Pelan  Pembangunan
                                  Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi
                                  kehendak  Kementerian  Pendidikan  Malaysia,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Selangor
                                  dan PPD Gombak.
                        2.1.2     Pada  setiap  masa,    program  akademik  mestilah  diutamakan.  Hal  ini  bermakna
                                  sekiranya  program  akademik  bertembung  dengan  program  lain,  laluan  mestilah
                                  diberikan kepada program akademik.
                        1.2.3     Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
                                  semasa.

                   2.2   JAWATANKUASA  KURIKULUM  SEKOLAH

                        2.2.1     Mesyuarat  Jawatankuasa  Kurikulum  mestilah  dilaksanakan  sekurang-kurangnya
                                  empat kali setahun.
                        2.2.2     Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur  dan pekeliling yang ditetapkan
                                  dan mengikut standard SPSK.
                        2.2.3     Agenda yang dibincangkan dalam  mesyuarat wajib dilaksanakan.
                        2.2.4     Semua  perkara  yang  telah  dibincangkan  dan  diputuskan  dalam  Mesyuarat
                                  Jawatankuasa  Kurikulum mestilah  dimaklumkan  dan  dibincangkan  pelaksanaannya
                                  dalam Mesyuarat Panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan
                                  kepada Setiausaha Jawatankuasa.
                        2.2.5     Jawatankuasa  mestilah  sentiasa  membuat  pemantauan  dan  penilaian  impak
                                  terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata
                                  Pelajaran beserta Ketua-Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
                        2.2.6     Melantik dan mewujudkan  Ketua Panitia dan  Penyelaras Panitia untuk sesi petang
                                  bagi  mengendalikan/menyelenggara  kerja-kerja  panitia  pada  sesi  petang  termasuk
                                  mengemaskini  Fail  Panita.  Penyelaras  Panitia  juga  adalah  merangkap  sebagai
                                  pencatat minit setiap kali Mesyuarat Panitia.

                   2.3   PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN - KP

                        2.3.1     Pengurusan  panitia  mata-mata  pelajaran  mestilah  mematuhi Surat  Pekeliling
                                  Ikhtisas Bil 4 / 1986 dan akur dengan prosedur SPSK 01.
                        2.3.2     Semua  perancangan  dan  tindakan  panitia  mestilah  sentiasa  merujuk  kepada  TOV
                                  dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
                        2.3.3     Pengurusan  panitia  secara  on  line  atau  web  based/Google  Classroom  mestilah
                                  menjadi keutamaan dan oleh itu laman Google Classroom panitia mestilah sentiasa
                                  dikemas kini.
                        2.3.4     Semua Mesyuarat Panitia mata pelajaran akan dijalankan dalam tempoh dua minggu
                                  selepas Mesyuarat Kurikulum.

                        2.3.5     KP  hendaklah  menyelenggara  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan
                                  mesyuarat,  surat  menyurat  dan  rekod-rekod  kehadiran  dan  edaran  yang  berkaitan
                                                                                                            18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23