Page 20 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 20

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                   2.4   SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
                        PELAJARAN HARIAN

                        2.4.1     SP  ,  HSP  dan  RPH  dan  PPPM  adalah  dokumen  rasmi  kurikulum  dan  mestilah
                                  sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
                        2.4.2     Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada
                                  setia  akhir  tahun  untuk  kegunaan  tahun  baru  berikutnya.  RPT  ysng  disediakan
                                  hendaklah mengikut aras murid dan perlu mengikut takwim semasa sekolah.
                        2.4.3     Salinan  keempat-empat  dokumen  ini  yang  telah  disahkan  oleh  GKMP  mestilah
                                  dilampirkan  bersama  di  dalam  Buku  Rekod  Mengajar  atau  diletakkan  di  dalam  fail
                                  khas supaya senang dirujuk.
                        2.4.4     Penulisan  Rancangan  Pelajaran  Harian  (RPH)  di  dalam  Buku  Rekod  Mengajar
                                  hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan:

                                     1.  TAJUK
                                     2.  OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN
                                     3.  AKTIVITI-Untuk PBS Band mesti dicatatkan
                                     4.  BBM
                                     5.  REFLEKSI-Bilangan murid yang menguasai/jumlah murid

                        2.4.5     Semua guru mestilah menyediakan RPH berdasarkan RPT  tahun semasa mengikut
                                  takwim  sekolah  di  dalam  Buku  Rekod  Mengajar  sebelum  masuk  ke  kelas.Oleh  itu
                                  Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap kali ada
                                  kelas.
                        2.4.6     Menghabiskan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
                                  Tingkatan Tiga  –  sukatan dilengkapkan pada bulan Julai.
                                  Tingkatan Lima  – sukatan dilengkapkan pada bulan Ogos.
                                  Tingkatan Satu, Dua, Empat–sukatan dilengkapkan pada bulan September.

                   2.5   GURU MATAPELAJARAN

                        2.5.1     Semua  Guru  Mata  Pelajaran  mesti  melengkapkan  fail  atau  Buku  Rekod  Mengajar
                                  pada hari pertama persekolahan.
                        2.5.2     Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sekurang-kurangnya 2 kali
                                  setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Mata Pelajaran
                                  dan Ketua-ketua Panitia.
                                  Peratus guru mencapai Tahap Minimum Kualiti Guru iaitu sebanyak 80% - SKPMg2
                                  Standard 4 untuk PdP adalah 100%.
                        2.5.3     Penyemakan Hasil Kerja Murid akan dikendalikan  olehPengetua, semua Penolong
                                  Kanan dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran.
                        2.5.4     Untuk Guru Mata Pelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi
                                  atau peribadi, bahan relief mesti disediakan dan diserahkan kepada AJK MMI.
                        2.5.5     Semua Guru Mata Pelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan kelas amali
                                  di makmal Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.
                        2.5.6     Semua  Guru  Mata  Pelajaran  dikehendaki  menanda  Buku  Latihan  murid  dan
                                  memulangkan semula secara berkala.

                   2.6   PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                        2.6.1     Menyediakan  kemudahan  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  cukup  dan  berkualiti
                                  selaras  dengan  perkembangan  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi  (  TMK  )  atau
                                  (ICT).
                        2.6.2     Pembelajaran  berasaskan  e-learning  dengan  menggunakan  teknologi  multimedia
                                  interaktif  dan  pembelajaran  berasaskan  laman  web  seperti  Google  Classroom
                                  digalakkan dan akan diperluaskan.
                        2.6.3     Meningkatkan  penguasaan  dan  penekanan  kepada  Kemahiran  Generik,Kemahiran
                                  Berfikir  Secara  Kritis  dan  Kreatif  agar  murid  menguasai  Kemahiran  Berfikir  Aras
                                  Tinggi (KBAT) semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
                        2.6.4     Ketua-ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya
                                  selaras  dengan  Dasar  3K  dan  penggunaan  untuk  Proses  Pengajaran  dan
                                  Pembelajaran dioptimumkan.

                                                                                                            20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25