Page 16 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 16

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                   1.3   PROGRAM SEKOLAH / MESYUARAT

                         1.3.1    Semua aktiviti yang melibatkan murid/ guru mesti dimaklumkan kepada murid / guru
                                  terlibat sekurang-kurangnya sehari sebelum pelaksanaan aktiviti.
                         1.3.2    Program / aktiviti tersebut mestilah dicatatkan dalam Buku Program Aktiviti Sekolah.
                         1.3.3    Setiap program sekolah perlu ada seorang Penyelaras Program.
                         1.3.4    Ketidakhadiran  mesyuarat/  program  sekolah  mesti  memberi  Surat  Tunjuk  Sebab
                                  sehari selepas aktiviti / program.
                         1.3.5    Semua  guru  mesti  turun  ke  tapak  perhimpunan  setiap  hari  mengikut  sesi  masing-
                                  masing dan mencatat kehadiran dalam Buku Kehadiran Perhimpunan.
                         1.3.6    Kehadiran mesyuarat atau program rasmi mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
                                  Berpakaian rasmi
                                  Menepati masa
                                  Tidak boleh memakai “jeans” dalam kawasan sekolah.
                         1.3.7    Sekiranya  ingin  meninggalkan  mesyuarat/  program  mesti  mendapat  kebenaran
                                  pengerusi terlebih dahulu

                   1.4   GURU BERTUGAS MINGGUAN

                         1.4.1    Guru  Bertugas  Harian  hendaklah  datang  sekurang-kurangnya  15  minit  sebelum
                                  waktu  persekolahan  bermula  (7.00pagi/12.15tengah  hari)  dan  pulang  sekurang-
                                  kurangnya  15 minit setelah sesi sekolah berakhir (2.15 petang/7.00 malam).  Guru
                                  Bertugas  Harian  hendaklah  meronda  kawasan  bagi  memerhatikan  kawasan  bilik
                                  darjah dan pergerakan murid.
                         1.4.2    Memastikan  bilik-bilik  darjah  dalam  keadaan  bersih,  lantai  disapu,  sampah  sarap
                                  dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi persekolahan. Tindakan
                                  segera perlu diambil terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi peraturan.
                         1.4.3    Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
                                  laporkan terus kepada Pengetua  supaya tindakan segera dapat diambil.
                         1.4.4    Menghubungi ibu bapa murid-murid sekiranya berlaku kecemasan dan sakit.
                         1.4.5    Mengurus dan mengendalikan Perhimpunan Rasmi dan harian untuk:
                                  a.Memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas.
                                  b.Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan.
                                  c.Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Isnin untukPerhimpunan
                                  Rasmi.
                         1.4.6    Menjalankan tugas menilai Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas.

                   1.5   LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDP)/BENGKEL/MESYUARAT/TAKLIMAT LUAR

                         1.5.1    Semua  guru  yang  menghadiri  kursus-kursus  yang  dianjurkan  oleh  bahagian-
                                  bahagian  KPM  perlulah  melaporkan  secara  bertulis  melalui  minit  curai  kepada
                                  Pengetua dan SU LDP  3  hari selepas mesyuarat  untuk tindakan seterusnya.  Guru
                                  yang  pergi  berkursus  ini  hendaklah  mengendalikan  kursus  dalaman  ataupun
                                  sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri dalam tempoh
                                  sebulan.
                         1.5.2    Semua Program Perkembangan Staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia
                                  atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan
                                  pelaporan  mestilah  lengkap  dari  segi  matlamat,  objektif,  tempat  ,  masa,  sasaran  ,
                                  tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta  gambar.

                   1.6   JADUAL WAKTU

                         1.6.1    Jumlah  waktu  mengajar  setiap  mata  pelajaran  adalah  mengikut  ketetapan Akta
                                  Pendidikan 1996 (Minima =32 petak dan maksima = 34 petak seminggu bagi guru
                                  akademik biasa)
                         1.6.2    Tambahan  waktu  setiap  mata  pelajaran  dibolehkan  mengikut  keperluan  sekolah
                                  dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.
                         1.6.3    Jadual  waktu  mengajar  yang  tidak  dipenuhi  kerana  guru  bercuti  sakit  dan  bercuti
                                  rehat  ataupun  menjalankan  tugas  rasmi  di  luar  kawasan  akan  diisi  dengan  Jadual
                                  Waktu Ganti  Guru.
                                  Guru  yang bercuti, mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti dan diletakkan di rak
                                  MMI.
                                                                                                            16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21