Page 17 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 17

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                         1.6.4    Jadual Waktu Penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh Guru Penyelaras
                                  Bilik-bilik  Khas.  Bilik-bilik  Khas  yang  terlibat  untuk  proses  pengajaran  dan
                                  pembelajaran  adalah  Pusat  Sumber,  Makmal,  Bengkel  KH  ,  Surau  Darul  Hikmah,
                                  Bilik Pendidikan Islam, Dewan Bestari , Bilik PSV ,   Makmal  Komputer dan Makmal
                                  Bahasa.

                   1.7   PROGRAM KECEMERLANGAN  AKADEMIK

                         1.7.1    Jawatankuasa  Kecemerlangan  Akademik  menjadi  nadi  yang  membantu  semua
                                  panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik.
                         1.7.2    Penglibatan  HEM,  Guru  Kaunseling  dan   PK  Kokurikulum  adalah  wajib  bagi
                                  penyelarasan program kecemerlangan  akademik.
                         1.7.3    Mengiktiraf murid yang mendapat sekurang-kurang 3A keatas dan lulus dalam ujian
                                  penilaian dan peperiksaan mengikut aliran  dengan Anugerah Pengetua.
                         1.7.4    Penempatan  murid    dalam  kelas  berdasarkan  pencapaian  dalam  peperiksaan
                                  tertakluk kepada mata pelajaran yang diambil.

                   1.8   PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

                         1.8.1    Penggubalan  dan  penyediaan  kertas  soalan  peperiksaan  dan  ujian  hendaklah
                                  mematuhi format dan standard Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
                         1.8.2    Pentaksiran  Sekolah  ataupun  Peperiksaan  Dalaman  dilaksanakan  berdasarkan
                                  prosedur  dan  mekanisme  yang  telah  ditetapkan  di  dalam Pekeliling  Peperiksaan
                                  peringkat  sekolah  Bil  02/2008  –  pindaan  (  rujuk  lampiran  kurikulum  4  )  yang
                                  memperincikan bilangan peperiksaan 2 kali dan 1 ujian penilaian  dalam setahun.
                         1.8.3    Guru  Pengawas  yang  diberi  waktu  kawalan  kelas  (iaitu,  masa  senggang  sebelum
                                  memulakan  peperiksaan)  wajib  masuk  ke  kelas  mengikut  jadual  waktu  masing-
                                  masing untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar sekolah.
                         1.8.4    Pada  setiap  hari  peperiksaan,  Guru  Pengawas  waktu  pertama  dikehendaki
                                  memastikan kelas  bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.
                         1.8.5    Guru  tidak  dibenarkan  memeriksa  kertas  jawapan  murid  (Peperiksaan/Ujian)  atau
                                  kerja  latihan  murid  atau  membaca  apa-apa  bentuk  bahan  bercetak  dan
                                  menggunakan telefon bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.
                         1.8.6    Guru bertugas menjaga SPM di sekolah diwajibkan berada di sekolah 45 minit lebih
                                  awal sebelum kertas peperiksaan bermula.
                         1.8.7    Guru Pengawas waktu akhir wajib melengkapkan Borang Kawalan Peperiksaan dan
                                  menyerahkannya  sendiri  bersama  dengan  kertas  jawapan  murid  dalam  Bilik
                                  Kurikulum.
                         1.8.8    Guru  Mata  Pelajaran  mesti  akur  untuk  mengisi  markah  dengan  tarikh  akhir  yang
                                  ditetapkan oleh SU Peperiksaan.
                         1.8.9    Laci  meja  murid  yang  telah  dikosongkan  mesti  disusun  menghadap  ke  bahagian
                                  depan kelas manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas.
                         1.8.10  Guru  Mata  Pelajaran  1,2,3  mesti  melaksanakan  PBD  berdasarkan  PPPM  dan
                                  menyelenggara Borang Transit pada setiap masa.

                         1.8.11  Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:
                                  1. Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
                                  2. Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
                                  menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.
                                  3. Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan.

                         1.8.12  Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
                                  1. Guru Mata Pelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi
                                  memberi markah kosong kepada murid berkenaan.
                                  2.Guru Disiplin memberi markah penalti atas kesalahan meniru.

                         1.8.13  Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah:
                                  Murid  boleh  mengambil  peperiksaan  dan  kertas  peperiksaan  akan  diuruskan  oleh
                                  Guru Mata Pelajaran pada hari yang yang lain.

                                                                                                            17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22