Page 34 - BUKUPENGURUSAN
P. 34
DASAR & PANDUAN TUGAS
PANDUAN DAN PERATURAN TETAP
WARGA SSTMI
ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1 Pegawai hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Nilai-nilai Teras dan Etika Kerja Penjawat Awam.
2 Bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
3 Semua urusan peribadi pegawai hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan.
4 Pegawai hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa
datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
5 Waktu bekerja semua pegawai mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa.
6 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
7 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
8 Pegawai yang melaksanakan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan
peribadi.
KELUAR WAKTU BERTUGAS
1 Pada waktu persekolahan / bekerja, pegawai tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan /
Bahagian Sukan / Pejabat Pelajaran Negeri dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua /
Penolong Kanan.
2 Pegawai hendaklah mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi
borang kebenaran keluar serta mendapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran.
3 Pegawai hendaklah merakamkan waktu keluar dan masuk semula.
MELAKUKAN KERJA LUAR
1 Pegawai boleh melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut :
1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
1.2 Dibenarkan dengan syarat ;
1.2.1 Tidak melakukan kerja tambahan semasa waktu bekerja / pejabat.
1.2.2 Tidak menjejaskan kerja sebagai penjawat awam.
1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan.
2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa Tindakan tersebut
melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan subseksyen 132(g) di mana boleh
didenda tidak melebihi RM30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
33 DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021

