Page 37 - BUKUPENGURUSAN
P. 37
DASAR & PANDUAN TUGAS
➢ Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap
genap tahun perkhidmatan. Had maksimum 360 hari.
➢ Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang
melayakkan.
➢ Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir
bekerja tanpa cuti jika seseorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi
sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua
Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidak
berhak mendapat gaji atau lain-lain emoulmen bagi tempoh tidak hadir
bekerja itu.
PERHIMPUNAN SEKOLAH
1 Semua guru dan jurulatih dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah tepat pada masanya.
2 Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai tanda nama.
3 Guru dan jurulatih bertugas hendaklah memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan tentatif
perhimpunan berjalan lancar.
4 Semua guru lelaki akan memakai baju kemeja berwarna putih, bertali leher, tanda nama dan seluar hitam.
5 Kegagalan menghadirkan diri perlu dimaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan.
ETIKA BERPAKAIAN
1 Pegawai hendaklah berpakaian kemas ketika bertugas.
2 Selipar dan baju -T tidak dibenarkan walaupun pada waktu petang.
3 Pakaian formal mestilah dipakai semasa upacara rasmi sekolah dan semasa bergambar untuk majalah.
4 Pegawai perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang mencolok mata .
POTONGAN RAMBUT
1 Potongan rambut melebihi kolar baju bagi guru lelaki adalah dilarang sama sekali
2 Rambut perlu kemas dan mematuhi pekeliling Kementerian Pendidikan.
MyPORTFOLIO / FAIL MEJA
1 MyPORTFOLIO/ Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu pada peringkat jabatan dan dirangka
berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai
2 Mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan.
3 MyPORTFOLIO/ Fail Meja perlu sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.
DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021 36

