Page 39 - BUKUPENGURUSAN
P. 39

DASAR & PANDUAN TUGAS
                                  PARKIR KERETA DAN MOTOSIKAL
            1     Kenderaan guru/ jurulatih dan staf hendaklah diparkir di lokasi yang ditetapkan sahaja.

            2     Memakir kenderaan di “foyer”  sekolah dilarang sama sekali.


                                             LAMAN SOSIAL
            1     Penggunaan laman sosial seperti  “Facebook”, “Twitter”, “Instagram” dan sebagainya hendaklah dalam
                  keadaan yang terkawal.
            2     Pengguna dilarang sama sekali menggunakan saluran tersebut untuk tujuan mengaibkan sesuatu pihak
                  atau menyebarkan berita palsu/ belum sahih.


                                               FOTOSTAT
             1    Penggunaan mesin fotostat hanya untuk penggunaan mencetak urusan rasmi sekolah sahaja.
             2    Penggunaan untuk urusan peribadi dilarang sama sekali.


                                      MAKAN DI LUAR SEKOLAH
             1    Pegawai tidak dibenarkan keluar untuk makan melainkan mendapat kebenaran daripada pengetua.


                               KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
             1    Kerjasama semua pegawai amatlah diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
             2    Sekiranya ada pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
                  hendaklah dimaklumkan kepada PK HEM dengan segera.
             3    Bagi guru, Ketua Panitia/ Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan mengenai
                  penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.


                                 TATACARA PENGGUNAAN ASET SSTMI
             1    Penggunaan alat-alat mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
             2    Mesti mendapat kebenaran dari penjaga stok atau pentadbir dan direkodkan.
             3    Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan Kembali segera serta berkeadaan baik.

             4    Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta kepada penjaga stok dan pentadbir sekolah.


                                                TELEFON
             1    Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Pegawai tidak dibenarkan menggunakan
                  telefon sekolah untuk urusan peribadi.
             2    Pegawai dilarang menggunakan telefon bimbit semasa  mesyuarat.Guru tidak dibenarkan menggunakan
                  telefon bimbit semasa PdP, manakala jurulatih ketika berada ditempat latihan kecuali kecemasan.







                                                           DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021       38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44