Page 36 - BUKUPENGURUSAN
P. 36

DASAR & PANDUAN TUGAS
            Cuti Sakit                  ➢  Pegawai  yang bercuti  kerana sakit  atau kecemasan hendaklah
                                           menghubungi pihak sekolah selewat-lewatnya setengah jam sebelum

                                           sekolah bermula.

                                        ➢  Pegawai mesti membawa balik “Time Slip” jika tidak mendapat cuti sakit
                                           pada hari yang sama dan menyerahkan kepada Pengetua / Penolong
                                           Kanan / Ketua Pembantu Tadbir.
                                        ➢  Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta  tidak boleh melebihi 15
                                           hari dalam setahun.

            Cuti Keluar Negara          ➢  Program Rasmi Keluar Negara, sila isikan borang permohonan keluar
                                           negara selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bertolak.
                                        ➢  Semua pegawai yang  bercuti  keluar negara  mesti  mendapatkan
                                           kelulusan.  Sila isikan borang  selewat-lewatnya  2 minggu sebelum
                                           tarikh bercuti.

            Cuti Khas – Isteri bersalin   ➢  Diberikan  selamat  tujuk (7) hari  sebagai cuti  tanpa rekod  kepada
                                           anggota perkhidmatan  awam  lelaki. Pengiraannya  termasuk  semua
                                           hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
                                           kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

            Cuti Tanpa Rekod            ➢  Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan ialah cuti gentian kerana bekerja
                                           lebih  masa (bagi AKP sahaja),  cuti  latihan  pasukan sukarela,
                                           menghadiri latihan atau khemah tahunan  pertubuhan/  persatuan,
                                           latihan  syarikat  Kerjasama,  menduduki peperiksaan,  mesyuarat
                                           persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan

            Cuti Urusan Kematian        ➢  Diberikan  kepada pegawai  yang  kematian  ahli keluarga terdekat
            Keluarga  Terdekat             selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod.
                                        ➢  Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu
                                           dan bapa kandung.
                                        ➢  Pengiraan cuti  termasuk  hari  rehat  dan kelepasan am.  Kelulusan
                                           tertakluk  kepada kepentingan  perkhidmatan (anak-anak, ibu bapa
                                           kandung, ibu bapa mertua)


            Cuti Tanpa Gaji (CTG)       Mengikut Perintah Am Bab C 1 ; CTG boleh dipohon atas sebab-sebab
                                        persendirian yang mustahak
                                        ➢  Perintah Am Bab C 14(b) – Urusan sendiri di dalam Malaysia atau
                                        ➢  Perintah Am Bab C 14(c) – Urusan sendiri di luar Malaysia
                                        ➢  Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN)








         35  DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41