Page 38 - BUKUPENGURUSAN
P. 38

DASAR & PANDUAN TUGAS

                                    URUSAN DI PEJABAT SEKOLAH
            1     Pejabat  sekolah merupakan tempat untuk urusan-urusan rasmi sahaja.
            2     Pegawai dimaklumkan supaya berada di pejabat untuk urusan rasmi bagi mengurangkan gangguan tugas
                  staf di pejabat.
            3     Peralatan pejabat seperti mesin fotostat dan komputer boleh digunakan hanya untuk urusan rasmi dan
                  mendapat kebenaran Pengetua, Penolong Kanan dan Ketua Pembantu Tadbir.
            4     Pengendalian alatan pejabat adalah dilakukan oleh staf yang ditetapkan kecuali staf tersebut bercuti.


                                      PROGRAM RASMI SEKOLAH
            1     Semua pegawai dikehendaki hadir dalam semua acara/ majlis rasmi sekolah yang berkaitan dan juga
                  kursus dalaman.
            2     Pegawai yang tidak hadir, perlu mengemukakakan surat pemberitahuan ketidak hadiran kepada
                  Pengetua. Satu Salinan akan disimpan dalam fail peribadi pegawai berkenaan.


                              PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
            1     Semua pegawai hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama
                  rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
            2     Pegawai tidak  dibenarkan mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan/  fahaman/  kepercayaan sesama
                  rakan.
            3     Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi,
                  kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama-sekali wujud di sekolah,



                       HUBUNGAN PEGAWAI – PELAJAR (JURULATIH & GURU)
            1    Sebagai warga pendidik, pegawai perlu mempunyai hubungan yang rapat, mesra murid dan cuba
                 memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi murid.
            2    Disiplin pelajar-pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan jurulatih. Segala pelanggaran
                 disiplin hendaklah diambil tindakan segera oleh guru/jurulatih yang berdepan dengan masalah tersebut.
                 Pelanggaran disiplin yang serius seperti pekeliling KP .8553/Vol.2/(55) bertarikh 4/11/1975 hendaklah
                 dirujuk kepada Pengetua/ PK HEM.
            3    Guru-guru yang mengajar dalam kelas  hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajar dan sentiasa
                 mengawasi supaya tidak ada pelajar yang ponteng.
            4    Guru/ jurulatih hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk dihormati
                 dan dipandang tinggi oleh pelajar.
            5    Guru/ jurulatih yang mendapati murid/ atlet sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya
                 kepada Guru Bertugas Harian/ Pembantu Perubatan atau Penolong Kanan HEM dengan segera.
            6    Jurulatih yang  melatih dalam tempat latihan hendaklah mengawal disiplin para atlet dan sentiasa
                 mengawasi supaya tidak ada atlet yang ponteng.
            7    Kemalangan sewaktu Latihan atau pertandingan adalah menjadi tanggungjawab jurulatih untuk
                 menyegerakan ke hospital terdekat. Sediakan laporan mengikut Format 1:3:7





         37  DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43