Page 41 - BUKUPENGURUSAN
P. 41
DASAR & PANDUAN TUGAS
KUNCI
1 Semua kunci mestilah disimpan di pejabat sekolah. Guru/ jurulatih/ staf yang menggunakan kunci
hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat sekolah.
2 Guru/ jurulatih/ staf yang hendak menyimpan kunci bilk-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada
Pengetua dan mendaftarkan nama dalam buku khas di pejabat sekolah.
LAPORAN AKTIVITI
1 Laporan semua aktiviti yang dijalankan perlu disimpan salinannya di Bilik Gerakan Sekolah (WAR ROOM)
2 Laporan aktiviti juga dimasukkan dalam ‘Telegram ARKIB SSTMI’
PELAWAT/ JURUJUAL
1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Pegawai
tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/
Penolong Kanan.
ARAHAN DAN PEKELILING
1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi
serta ditandatangani selepas membacanya.
2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, pegawai hendaklah menyimpannya dalam fail.
DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021 40

