Page 40 - BUKUPENGURUSAN
P. 40

DASAR & PANDUAN TUGAS


                         KEAHLIAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
            1     Semua guru dan jurulatih secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah.


                                 KEAHLIAN KELAB KELUARGA SSTMI
            1     Semua guru, jurulatih dan kumpulan pelaksana secara automatik menjadi  ahli Kelab Keluarga SSTMI.


                              LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LaDaP)
            1     LaDaP merupakan program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
                  meningkatkan prestasi akademik, kerja dan tahap profesionalisme semua guru, jurulatih dan kumpulan
                  pelaksana.
            2     Semua Kursus LaDaP perlu dirancang terlebih dahulu untuk dibawa dan dibentangkan dalam Mesyuarat
                  Profesional  sebelum program tersebut dijalankan.
            3     Setiap program yang dijalankan perlu mempunyai kerangka program yang jelas.


                            PENGURUSAN BILIK GURU/ BILIK JURULATIH
            1     Bilik guru/ bilik jurulatih perlu berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.
            2     Tidak membenarkan pelajar masuk dengan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kes kehilangan
                  barangan berharga.


                   PENGURUSAN PEJABAT SEKOLAH DAN BILIK-BILK BERKAITAN
            1     Pejabat sekolah dan bilk-bilik berkaitan Kumpulan Pelaksana Sekolah perlu berada dalam keadaan yang
                  kemas dan bersih.
            2     Tidak membenarkan pelajar masuk dengan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kes kehilangan
                  barangan berharga.


                                         PEMBELIAN BARANG
            1     Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu  dengan  menggunakan borang
                  pesanan dalaman/ nota minta yang boleh didapati di pejabat sekolah.
            2     Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
            3     Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan
                  Tempatan (Local Order/ LO)
            4     Segala invois mesti ditandatangani oleh guru/ jurulatih/ staf  yang menerima barang. Pastikan barang
                  yang diterima sama mengikut spesifikasi, kualiti dan kuantiti yang ditempah.











         39  DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45