Page 108 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 108

i.  Perkara 2 surat  berkenaan  menyatakan:   Kedudukan pendapatan
                                              bersih pegawai awam hendaklah  tidak  kurang daripada  40%  dari
                                              emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keadaan
                                              keterhutangan yang serius.

                                           ii.  Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan
                                              Tatatertib) 1993:
                                              Pegawai awam  dilarang meminjam  wang daripada  mana-mana
                                              orang  khususnya  yang menjalankan perniagaan pemberian
                                              pinjaman wang. Pegawai awam boleh meminjam wang daripada
                                              institusi kewangan yang berlesen dengan syarat-syarat tertentu.

                                           iii.  Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam  (Kelakuan dan
                                              Tatatertib) 1993:
                                              Pegawai awam  dikategorikan  berada dalam  keterhutangan yang
                                              serius, sekiranya:
                                                     a.  Agregat hutang dan liabitli yang tak bercagar pada bila-
                                                        bila masa  tertentu  melebihi jumlah wang  sebanyak
                                                        sepuluh kali emolumen bulanannya.
                                                     b.  Pegawai seorang  bankrap atau  seorang  pemakan gaji
                                                        tak solven.

                             41.3   Sehubungan dengan itu pihak pentadbir  sekolah  (pengetua dan semua
                                   penolong kanan)  tidak  akan  membuat perakuan borang pinjaman  yang
                                   dikemukakan oleh guru-guru  atau  kakitangan sokongan yang  kedudukan
                                   kewangan berada dalam situasi 41.2 (rujuk di atas).

                      A.     PANDUAN PEROLEHAN/PEMBELIAN

                          1.  ASPEK-ASPEK PENTING

                             1.1    Perancangan  yang baik dengan  mengambil  kira  jumlah peruntukan bagi
                                    mengelak pembaziran.
                             1.2    Semua pembelian akan diuruskan oleh Pembantu Tadbir (Kewangan)
                             1.3    Pastikan pembelian  berdasarkan keperluan  dan peruntukan wang  yang
                                    mencukupi.

                             1.4    Tentukan kualiti barangan yang hendak dibeli berdasarkan:
                                                     a.  Stok terakhir
                                                     b.  Keperluan (penting)
                                                     c.  Kekerapan penggunaan

                          2.  PESANAN DAN PEMBELIAN

                             2.1    Cadangan hendaklah dibuat dengan mengisi borang atau berunding dengan
                                    ketua panitia/ketua bidang.



                                                                                                         103
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113